top of page

Persahabatan Malaysia-China utamakan ekonomi, atasi rintangan, cabaran - PM


Anwar (tengah) bersama Ahmad Zahid, Sun Yeli (tiga, kanan), King Sing (dua, kanan), Johari dan tetamu kehormat menggaul yee sang meraikan sambutan Tahun Baru Cina 2025 anjuran MOTAC
Anwar (tengah) bersama Ahmad Zahid, Sun Yeli (tiga, kanan), King Sing (dua, kanan), Johari dan tetamu kehormat menggaul yee sang meraikan sambutan Tahun Baru Cina 2025 anjuran MOTAC

Persahabatan dan hubungan diplomatik Malaysia-China yang telah berjalan sejak berdekad lalu menjadikan negara ini dipilih sebagai lokasi sambutan bertaraf antarabangsa Festival Musim Bunga di luar tanah besar China.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berucap merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam tadi senang memetik bait-bait puisi nukilan Lu You, pemuisi Dinasti Song yang menggambarkan keutuhan persahabatan Malaysia - China yang merentas zaman serta melangkaui pelbagai rintangan dan cabaran.


"Meskipun kerjasama ekonomi dan perdagangan menjadi teras kepada kerjasama akrab Malaysia-China, saya tekankan bahawa dialog peradaban perlu diangkat sebagai wadah dalam mewujudkan landskap kerjasama yang lebih utuh di masa hadapan.


"Sebagai negara berbilang kaum, budaya dan agama, saya tegaskan komitmen Malaysia untuk meraikan kepelbagaian dan kemajmukan budaya yang menjadi kekuatan negara ini sejak sekian lama," katanya dalam muatnaik di Facebook.


Pertunjukan dron di langit malam sempena meraikan persahabatan Malaysia-China
Pertunjukan dron di langit malam sempena meraikan persahabatan Malaysia-China

Katanya, sempena kepengerusian Malaysia tahun ini ASEAN akan turut menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC bersama China buat julung kali.


Persidangan itu menggambarkan potensi kerjasama yang lebih luas di samping terus memperkukuh hubungan Amerika Syarikat dan juga negara-negara Eropah.


"Semoga sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini disambut dengan penuh kemeriahan oleh seluruh warga Malaysia dalam semangat kekeluargaan dan perpaduan," kata Anwar lagi.


Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Kebudayaan dan Pelancongan China, Sun Yeli, Pengerusi Bernama, Datuk Seri Wong Chun Wai dan pegawai dari Kementerian Luar serta kedutaan China di Kuala Lumpur.


Hadiri turut dihidangkan persembahan dron yang memaparkan persahabatan Malaysia dan China yang penuh bersejarah.

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page