top of page

Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas akan dinaik taraf - PM



Kerajaan Perpaduan berhasrat menaik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas kepada perpustakaan bertaraf premier.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perpustakaan di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu kelak akan menempatkan karya ilmiah Profesor Diraja, Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas.


Justeru beliau berharap inisiatif berkenaan dapat dimanfaatkan generasi akan datang untuk meraih inspirasi daripada nukilan karya ilmuan ulung tanah air itu.


"Insya-Allah kerajaan akan mengambil inisiatif untuk menaik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di ISTAC dengan koleksi terkini yang dianggarkan mempunyai lebih 150,000 naskah.


"Perpustakaan itu nanti bakal menjadi perpustakaan premier mengenai Islam dan Asia Tenggara...rantau ini.


"Justeru, marilah kita semua panjatkan doa kepada Allah supaya generasi akan datang akan peroleh inspirasi dan manfaat daripada contoh paling terbaik iaitu ilmuan Islam dan guru kita," katanya dipetik.


Anwar sebelumnya menyampaikan ucapan pembukaan sempena syarahan bertajuk Islam: The Covenants Fulfilled yang disampaikan oleh Syed Muhammad Naquib di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam tadi.


Yang turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalannya, Datuk Seri Mustapha Sakmud.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page