top of page

Perniagaan melalui media sosial berlesen lebih meyakinkan - Dr Fauzi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 3
  • 2 min read


Oleh: Hasbul Ahmad


Perniagaan yang dilaksanakan melalui platform media sosial berlesen amat penting dalam meningkatkan keyakinan pengguna untuk melakukan urus niaga dalam talian.


Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Dr Fauzi Fadzil berkata, peniaga yang berdaftar dan menggunakan media sosial berlesen akan lebih bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang isu berkaitan transaksi atau produk.


"Memang ada pro dan kontra mengenai langkah dilakukan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) ini. Kalau perniagaan (dengan premis) fizikal, sebarang rujukan boleh dibuat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


"Tapi perniagaan yang dijalankan secara dalam talian, pendaftaran syarikat itu boleh dibuat melalui emel sahaja. Yang dititikberatkan di sini adalah kebertanggungjawaban kepada perniagaan tadi.


"Jika ada masalah, pengguna boleh merujuk kepada syarikat apa dan jenis transaksi secara spesifik. Justeru, demi kemaslahatan pengguna, pendaftaran media sosial kepada syarikat yang menjalankan perniagaan dalam talian adalah amat perlu," katanya.


Mulai 1 Januari 2025, semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Langkah perlesenan ini dilakukan bagi memastikan pengendali lebih bertanggungjawab dalam menguruskan platform masing-masing di samping memastikan kandungan yang berbahaya termasuk lucah, perjudian dan penipuan dikekang.


Sebanyak lapan platform media sosial diperlukan untuk memohon lesen buat masa ini, iaitu WhatsApp, Facebook, Instagram, X (dulunya Twitter) YouTube, Telegram, WeChat dan juga TikTok berdasarkan jumlah pengguna.


Mengulas mengenai bentuk kandungan, Dr Fauzi berkata, garis panduan penerbitan perlu dijelaskan sebelum sebarang penguatkuasaan dibuat.


Katanya, takrif lesen kreatif dan pendidikan mengenai batas sensitiviti seharusnya dijelaskan.


"Misalnya ada peniaga yang memperaga dan mempromosi produk atau perkhidmatan meeka menggunakan kaedah kandungan yang agak sensitif.


"Kita bimbang ada peniaga yang menghasilkan kandungan yang contohnya sensitif kepada adat dan budaya orang Melayu.


"Kita setuju dengan kreativiti, namun ada perkara yang perlu dikawal. Maka pendidikan dan penerangan adalah perlu," ujarnya lanjut.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page