top of page

Perniagaan GISBH bukan model ekonomi Islam sebenar - Ust Zawawi



Oleh: Fiza Halim


Kaedah perniagaan diamalkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH), termasuk dakwaan eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja menyimpang daripada model ekonomi Islam sebenar.


Penyelaras DUN Sungai Kandis, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, beberapa kaedah perniagaan yang diamalkan organisasi itu tidak terdapat dalam ekonomi Islam sebagaimana digembar gemburkan oleh netizen yang menyokong GISBH di media sosial.


Katanya, tidak benar sama sekali kononnya Kerajaan Madani menindas ekonomi umat Islam melalui tindakan siasatan dan penyitaan premis GISBH sejak lebih sebulan lalu.


"Sistem ekonomi GISBH bukan model ekonomi yang sihat. Dia (organisasi) tidak membayar upah yang setimpal kepada pekerja, semua orang dibayar ikut keperluan dan mendapat upah yang minimum sahaja.


"GISBH (juga) ada masalah akidah, memang ekonomi (ahli mereka) terjejas. Namun kita sokong tindakan yang dibuat terhadap GISBH di bawah Majlis Agama dan Titah Tuanku (Sultan Selangor)," katanya.


Mengenai persoalan adakah umat Islam Malaysia perlu menyokong perniagaan golongan yang difatwakan sesat, kata Ustaz Zawawi, jika pentabiran GISBH diperbetulkan mengikut syariat Islam sebenar maka tiada masalah untuk rakyat kembali menyokong perniagaan mereka.


"Kita kena betulkan balik (akidah), mereka dipulihkan, dan meneruskan perniagaan dengan mengikut ekonomi Islam maka kita cari balik lah (jadi pelanggan semula)," katanya.


Sebelum ini, Lembaga zakat Selangor (LZS) mengesahkan tidak pernah menerima sebarang jenis bayaran zakat daripada GISBH.


Menurut Ustaz Zawawi, zakat yang didakwa dibayar kepada jemaah GISBH dan tidak disalurkan kepada Lembaga Zakat Selangor seperti diamalkan sebelum ini amat tidak menepati kaedah sebenar mengeluarkan zakat.


"Dia buat bayaran kepada jemaah mereka sendiri dan bukan kepada saluran yang betul (pusat zakat)," katanya lagi.


Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang menfatwakan amalan dan kepercayaan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sebagai menyeleweng daripada akidah Islam sebenar dijangka akan diwartakan dalam masa terdekat.


Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, keputusan tersebut akan dibawa untuk perbincangan dan tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum diserahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri bagi proses pewartaan.


Pada Khamis lalu (3 Oktober), Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan fatwa terkini yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa negeri itu bahawa pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISBH dan rangkaiannya adalah menyeleweng daripada akidah Islam sebenar


Ini kerana pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISBH diyakini masih mengamalkan Aurad Muhammadiah, atau Zikir Agung, dibawa oleh Kumpulan Darul Arqam yang diputuskan menyeleweng daripada akidah Islam menurut Warta No 54 yang disiarkan pada 4 Februari 1993.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page