top of page

Perniagaan Bumiputera perlu penskalaan semula menuju bidang besar - Rafizi



Perniagaan Bumiputera di Malaysia sejak tahun 1960an telah mendapat galakan secukupnya daripada kerajaan.


Bagi Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, isu yang menyebabkan Bumiputera masih tidak 'mengesankan' dalam arus utama ekonomi negara adalah kerana skala perniagaan yang diceburi mereka bertaraf mikro atau kecil dan majoritinya hanya mampu mengaji di bawah 5 orang pekerja.


"Kalau tengok agensi kerajaan, kerajaan telah membelanjakan setiap tahun hampir RM40 bilion untuk membangunkan perniagaan Bumiputera di banyak peringkat, ada peringkat mikro, latihan, pendidikan dan sebagainya


"Apabila kita lihat kepada masalah mengikut sektor tertentu, satu perkara kita perlu beri tumpuan ialah penskalaan


"Kalau nak kata penyertaan Bumiputara tidak cukup dalam bidang perniagaan, tidak sepenuhnya benar. Penyertaan itu cukup tetapi herotan berlaku


"Sebahagian besar peniaga Bumiputera berada di skala bawah; perniagaan mikro 5 pekerja dan ke bawah. Perolehan tidak sampai RM400,000 setahun," katanya dalam forum bertajuk 'Menskalakan Penciptaan Nilai Bumiputera' yang melibatkan tiga agensi kerajaan di Cyberjaya, pagi tadi.


Kekurangan perniagaan besar Bumiputera, kata Rafizi, turut menjadi masalah kepada ekonomi negara apabila kaum terbesar di Malaysia itu tidak memiliki perniagaan yang menggaji ramai pekerja.


Katanya, keperluan bagi kerajaan pada waktu ini adalah untuk mencari jalan bagi mengembangkan skala perniagaan Bumiputera menuju perusahaan sederhana dan besar berbanding mikro atau kecil sebelum ini.


"Hanya 2.5% perniagaan di negara kita ini disifatkan berskala syarikat besar. 2.5% adalah medium, 15% kecil dan 80% adalah mikro.


"Ini akan terus menjadi masalah kepada negara apabila kita tidak berjaya memberi tumpuan kepada usaha usaha untuk membaiki herotan, supaya ada graduasi secara tersusun dari (perniagaan) mikro (menuju) kepada kecil. Syarikat medium (sederhana) kita harap dapat pergi ke pasaran saham dan sebagainya," katanya.


Untuk meningkatkan perniagaan Bumiputera, kata Rafizi, bukan lagi hanya bergantung kepada kontrak kerajaan dan pinjaman modal kepada peniaga semata mata tetapi adalah bakat individu peniaga atau usahawan itu sendiri.


"Perkara paling utama ialah bakat. Kamu peru ada bakat yang sesuai untuk boleh berinovasi, menghasilkan produk atau servis lebih baik dan menemui pasaran yang betul, yang boleh membayar harga yang dikenakan," katanya.


Hal itu, menurut Rafizi menjadi keutamaan di negara maju yang mana syarikat start up teknologi mampu membina kejayaan luar biasa hanya dengan mengembangkan bakat pengasas atau beberapa orang kanan syarikat berkenaan.


Untuk itu, Rafizi menyarankan agar tenaga baharu Bumiputera yang dilatih perlu cekap untuk menjadi tenaga profesional sekali gus perlu mengasah bakat menjadi pencipta atau inventor.


Hanya dengan cara itu, katanya, syarikat Bumiputera pada masa hadapan akan bergerak ke arah perniagaan berskala sederhana atau besar.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page