top of page

Pernah disindir pembangkang, peserta IPR raih pendapatan lima angka



Oleh: Abdullah Zaid


Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang bermula sejak Februari 2023 ternyata memberi impak yang positif meningkatkan pendapatan rakyat walaupun sebelum ini disindir dan dipandang sinis puak pembangkang.


Lebih mengejutkan, IPR di bawah Inisiatif Usahawan Tani (Intan) yang sebelum ini sering diperlekeh pembangkang sudah mula menunjukkan hasil lumayan.


Mohd Sadir Abd Rahman, 45, atau lebih dikenali sebagai Jo, berkata, pendapatan beliau kini sudah mencecah lebih RM30,00 sejak kali pertama beliau terlibat dalam penanaman cili.


Berbanding sebelum ini, Jo yang bekerja sebagai kru acara berkata, pendapatannya sekitar RM2,500 sebulan.

Mohd Sadir Abd Rahman

"Bertani dekat bandar. Mana pernah dengar bertani dekat bandar kan? Selalu dekat kampung je. Alhamdulillah, (projek) yang pertama bertani dekat bandar.


"Alhamdulillah saya sekarang dah masuk musim kedua. Musim pertama saya sertai IPR, pendapatan saya melebihi RM30,000 semusim," katanya dalam satu video dimuat naik di media sosial Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.


Senada dengannya, Mokhtar turut mengakui bahawa dia kini mampu meraih hasil lumayan berbanding dahulu. Sebelum ini pendapatan hariannya sekitar RM20 hingga RM30 dengan bekerja mengutip kotak-kotak terpakai.

Mokhtar

"Dahulu sebelum saya sertai IPR, gaji harian saya dalam RM20 hingga RM30. Saya hanya kutip kotak di tepi-tepi tong sampah. 


"Pada musim yang lepas (selepas sertai IPR), saya dapat RM27,000. Alhamdulillah," ujarnya.


Begitu juga Faizul yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu peribadi turut berkongsi pengalaman gembiranya menyertai inisiatif tersebut.


"Saya dulu buat (kerja) personal driver, bawa VIP gaji lebih kurang RM3,000.


"Saya (menyertai IPR) dapat hasil cili dalam tiga tan dan lebih kurang (pendapatan) saya RM30,000 semusim," jelasnya.

Faizul

Untuk rekod, IPR-INTAN Putrajaya adalah projek tanaman bandar pertama yang melibatkan kerjasama strategik Kementerian Ekonomi bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat.


Proses dan peralatan penanaman disediakan kerajaan, termasuk dari segi racun, tanah, biji benih dan petugas yang ditugaskan mengajar peserta mengenai penanaman cili yang betul.


Hasil tuaian pula dihantar ke pusat pengumpulan PPK Kuala Langat sebelum diagihkan kepada peraih dan pelanggan seperti restoran, pasar pagi dan syarikat-syarikat yang membuat sos cili.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page