top of page

‘Permohonan RM200 subsidi diesel tiada tarikh tutup, usah takutkan rakyat’



Oleh: Abdullah Zaid


Pemberian bantuan subsidi diesel bersasar RM200 Budi Madani kepada pengguna kenderaan individu yang layak memberi nafas lega kepada rakyat.


Namun biarpun kerajaan mengumumkan pendaftaran kenderaan di bawah Program Bantuan Budi Madani terbuka pada bila bila masa, terdapat laskar siber yang mahu menakut nakutkan rakyat bahawa bantuan itu mempunyai tarikh tutup pendaftaran.


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan, Muhammad Azha Salahudin, cybertrooper tidak seharusnya mengelirukan rakyat dengan dakwaan sedemikian pada pendaftaran Budi Madani.


Katanya, pengguna yang belum memohon pada Jun ini masih boleh mendapat manfaat pemberian itu pada bulan berikutnya.


"Kementerian Kewangan sendiri mengesahkan tiada tarikh tutup bagi pemohonan Budi Madani dan pemohon pada Jun akan menerima bantuan tunai pada bulan sama, begitu juga mereka yang terlepas bulan ini akan mendapat pada bulan seterusnya.


"Oleh itu, saya gesa pihak cytro pembangkang berhenti menakutkan orang ramai kononnya pemohonan bantuan akan ditutup akhir bulan ini," katanya kepada Suara Keadilan.


Tambah Azha, langkah subsidi diesel bersasar yang dilaksanakan merupakan satu langkah tepat dan berani bagi memastikan subsidi diberikan kepada mereka yang layak sekali gus mengelakkan ketirisan yang merugikan negara.


"Kita perlu menyokong pelaksanaan ini kerana kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan subsidi diesel RM14.3 bilion hanya untuk tahun lepas sahaja.


"Sedangkan penggunaan diesel sebelum pandemik Covid-19 hanya 6.10 bilion liter sebelum naik kepada 10.8 bilion liter.


"Lonjakan ini menunjukkan bahawa subsidi telah dialihkan kepada sektor-sektor yang tidak layak dan perlu dihentikan agar ia diberikan kepada mereka yang layak sahaja," ujarnya lagi.


Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata data Jabatan Perangkaan (DOSM) mengesahkan bantuan RM200 mencukupi bagi setiap jangkaan perjalanan sekitar 75 hingga 100 kilometer (km).


Namun, katanya pihak kementerian akan terus memperinci bantuan RM200 mengikut pendapatan dan kemampuan permohonan.


Untuk rekod bantuan tunai bulanan Budi Madani diberikan kepada pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi.


Pendaftaran inisiatif itu mula dibuka 28 Mei lalu susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang bermula sejak Isnin.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page