top of page

Permohonan kurang hukuman perlu lalui Lembaga Pengampunan - Istana Negara



Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda mempunyai kuasa prerogatif untuk memberikan ampun, tunda hukum dan lega hukuman bagi mana-mana kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berdasarkan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.


Istana Negara dalam kenyataan berkata Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan remit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah bagi kesalahan tersebut.


Dalam hal ini kenyataan itu berkata kuasa Yang di-Pertuan Agong itu dijalankan dengan nasihat Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh baginda.


"Oleh yang demikian, sekiranya mana-mana pihak ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan untuk diberi pengampunan atau pengurangan hukuman, permohonan berkenaan hendaklah dikemukakan oleh banduan berkenaan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat akan datang," kata Istana Negara hari ini.


"Semua pihak diingatkan untuk menghormati Perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan," katanya lagi.


Kenyataan Istana Negara itu selari dengan kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Peguam Negara sebelum ini bahawa sebarang permohonan untuk pengampunan diraja boleh dilakukan melalui Lembaga Pengampunan.


Kenyataan tersebut dikeluarkan menjelang keputusan Mahkamah Rayuan pada Isnin berhubung permohonan semakan kehakiman yang difailkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan titah addendum tahanan rumah yang dikatakan pernah dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.


Pada 3 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib, 71, untuk memulakan prosiding semakan kehakiman ke atas lapan responden bagi mencabar kewujudan titah adendum itu, selepas berpendapat empat afidavit bagi menyokong permohonannya, termasuk Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presidennya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail adalah bersifat dengar cakap atau khabar angin.


Bekas Ahli Parlimen Pekan itu kemudiannya menfailkan notis rayuan pada 9 Julai.


Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Pesuruhjaya Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden dalam permohonannya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page