top of page

Permohonan geran Alam Sekitar, Teknologi Hijau Selangor dibuka



Kerajaan Negeri Selangor telah membuka permohonan Geran Kecil Alam Sekitar (GKAS) RM10,000 dan Geran Kecil Teknologi Hijau (GKTH) bernilai RM20,000.


Exco Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hee Loy Sian melalui satu kenyataan berkata, keutamaan akan diberi kepada projek yang berpotensi menghasilkan dampak positif termasuk mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar serta bandar di negeri itu.


Pihaknya juga akan mengutamakan projek penghijauan dan berinovasi yang memberi impak jangka panjang terhadap pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar.


"Objektif program adalah menjemput organisasi di peringkat masyarakat untuk melaksanakan inisiatif yang akan membantu Kerajaan Negeri melaksanakan agenda kelestarian alam sekitar.


"Selain itu membantu komuniti dalam organisasi dan persatuan untuk mengakses pembiayaan bagi projek inovatif agar kesedaran memelihara alam sekitar dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa," katanya.


Menurut beliau lagi, permohonan geran boleh dibuat melalui emel selangor.environmentgrant@gmail.com atau serahan tangan di Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.


Pemakluman kelulusan permohonan geran kecil ini adalah selewat-lewatnya pada 22 Mei.


Sejak diperkenal pada 2018, sejumlah RM916,657 diperuntuk bagi GKAS membabitkan 166 penyertaan, manakala RM1.79 juta bagi GKTH (168).


Ia menurut Loy Sian, meliputi penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui, eksplorasi teknologi hijau, pengurusan sisa mesra alam, pengurusan sisa elektronik isi rumah, kitar semula dan pengurangan karbon.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page