top of page

Permodalan saham susut 0.2% amat kecil, akibat situasi antarabangsa - PM



Oleh: Akmal Manaf


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tampil menjelaskan bahawa penyusutan kecil sebanyak 0.2 peratus daripada jumlah keseluruhan permodalan saham bukan gambaran sebenar keyakinan terhadap ekonomi negara.


Beliau menyifatkan, angka berkenaan bukan petanda ketidakstabilan atau kehilangan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia.


''Isu saham hanya sebahagian daripada kemasukan dana dan pelaburan.


"Thailand kehilangan empat kali ganda dari Malaysia iaitu 4,123 juta manakala Indonesia dua kali ganda pada 1.154 juta.


''Dengan perubahan pentadbiran di Amerika Syarikat (AS), memang ada sedikit pengeluaran yang sangat kecil iaitu 0.2 peratus daripada jumlah keseluruhan permodalan saham sebanyak RM2 trilion,'' katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjelaskan demikian sebagai menjawab kepada soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang ingin mengetahui punca ramai pelabur asing menjual pegangan saham mereka bagi tempoh kebelakangan ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengingatkan kepada dewan bahawa angka keseluruhannya untuk sembilan bulan pertama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih menggalakkan.


''Nilai pelaburan dalam sembilan bulan pertama 2024 naik 10.7 peratus berbanding tempoh sama 2023.


''Ini kenaikan yang agak besar dan ini juga termasuk syarikat-syarikat besar.


''Pada akhir 2024, ia bertambah 19.7 peratus.. Januari 2025 pula masih 19.4 peratus.


''Jadi 0.2 peratus itu tidak menggambarkan keyakinan kepada ekonomi negara,'' jelas beliau lagi.


Selain itu, PM berkata firma penyelidikan antarabangsa seperti Nomura Global Market Research, JP Morgan, HSBC juga telah menaikkan taraf pengesyoran mereka bagi saham-saham syarikat awam di Malaysia.


PM membidas hujah tersasar pembangkang kemerosotan kecil baru baru ini berlaku akibat kurang keyakinan pelabur berhubung tindakan kononnya kerajaan menyembunyikan titah adendum membenarkan bekas PM Najib Razak ditahan di rumah.


"Kita lihat umpamanya syarikat-syarikat yang ada, kalau mata penutup sehingga Februari 2025, memang jatuh 2.4% di Malaysia, 6.1% di Indonesia, 7.4% jatuh di Filipina, 8.3% jatuh di Thailand.


"Ini kesan yang menyeluruh di seluruh dunia, tetapi syarikat syarikat, baik institusi kewangan dan syarikat-syarikat masih mencatat keuntungan besar, Maybank peningkatan 9.7%, CIMB 12.3%, Public Bank, 5.8%.


"Jadi gambaran tentang merudum kerana adendum ini mimpi apa ini? Angka dari mana? Dicedok dari mana? 0.2% turun daripada RM2 trilion. Istilah jatuh dan merudum itu salah penggunaan bahasa yang saya faham," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page