top of page

Perlukah rakyat hadapi 10 kes buli siber sehari?



Tindakan seorang pempengaruh media sosial yang membunuh diri akibat jenayah buli siber baru baru ini membuka mata banyak pihak.


Susulan itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan statistik bahawa secara purata se­banyak 10 kes buli siber dipercayai berlaku setiap hari dalam tempoh dua tahun sejak 2022 hingga 9 Julai lalu.


Jumlah itu, kata MCMC, membabitkan 9,483 aduan kes buli siber diterima MCMC dalam tempoh terbabit. Ia melibatkan 4,878 kes bagi wanita manakala 4,605 kes lagi berlaku kepada lelaki.


Bagi Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil, buli siber adalah satu perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah, pembunuhan karektor serta penderaan perasaan secara mendalam yang membuat mangsa boleh hilang pertimbangan waras.


"Ramai menggunakan media sosial untuk berhubung sesama kenalan tetapi ada yang menggunakannya untuk mengisi masa lapang sehingga berpotensi menjadi pembuli siber secara langsung atau sebalik­nya," kata Siraj dipetik Utusan Malaysia.


Dalam pada itu, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain pula berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan undang-undang le­bih terperinci bagi membendung jenayah buli siber tersebut secara berkesan.


"Akta khusus tersebut boleh diguna pakai oleh polis untuk mengambil tindakan lebih cepat sekiranya terdapat mangsa membuat laporan.


"Polis juga boleh mewujudkan jabatan siasatan jenayah siber bagi menangani masalah yang berkaitan dengan teknologi maklumat (IT) dan digital agar dapat diselesaikan melalui satu jabatan sahaja," katanya dipetik.


Manakala berdasarkan Laporan Digital Global 2024, sebanyak 28.68 juta orang atau 83.1% daripada penduduk Malaysia mempunyai akaun media sosial.


Daripada jumlah tersebut, sebanyak 57.5% rakyat didapati menggunakan media sosial pada masa lapang yang boleh menjadikan medium itu sebagai platform untuk bersikap buruk dan membuli terhadap pengguna media sosial lain sama ada mempunyai alasan kebencian atau hanya mengikut dan terpengaruh dengan pembuli lainnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page