top of page

Perluaskan asas hasil, kutipan hasil mampan: Strategi baharu bayar hutang



Kerajaan Madani memperkenalkan beberapa strategi dalam usaha membayar hutang menggunung yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.


Menteri Kewangan dalam jawapan kepada Pertanyaan Lisan Ahli Parlimen Hassan Abdul Karim di Dewan Rakyat kelmarin menjelaskan terdapat kaedah yang sedang dilaksanakan kerajaan untuk membayar hutang yang telah mencecah RM1,227.5 bilion atau RM1.3 trilion pada Jun 2024.


Bagaimanapun dalam jawapan Menteri Kewangan itu, diakui pinjaman kasar Kerajaan Persekutuan berjumlah RM112.5 bilion tahun ini lebih rendah berbanding RM128 bilion bagi tempoh sama pada 2023.

Hassan Abdul Karim

"Kadar pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan menunjukkan trend penurunan jika dinilai secara tahunan, iaitu pada

kadar 8.6% pada 2023 berbanding 10.2% pada 2022, dan 11.4% pada 2021. Kadar pertumbuhan hutang bagi tahun 2024 dijangka terus berkurang kepada sekitar 7.5%.


"Trend penurunan ini menunjukkan komitmen Kerajaan untuk memastikan nisbah hutang kepada KDNK dapat dikurangkan supaya tidak melebihi 60%, dapat dicapai dalam tempoh jangka sederhana seperti yang ditetapkan dalam Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 [Akta 850]," kata Menteri Kewangan.


Manakala untuk memastikan paras hutang terkawal dan terurus, kata kenyataan itu, beberapa langkah kawalan telah dan akan dilaksanakan dalam usaha mengurangkan paras hutang pada tahun-tahun akan datang.


Dua strategi utama dalam mengurangkan hutang itu adalah melalui kaedah memperluaskan asas hasil dan kutipan hasil mampan.


"Memperluas asas hasil dan memastikan kutipan hasil yang mampan (merupakan kaedah terbaik) supaya Kerajaan sentiasa mempunyai lebihan baki semasa, serta dapat menampung sebahagian perbelanjaan pembangunan (DE).


"Pada tahun 2024, Kerajaan telah melaksanakan langkah meningkatkan kutipan hasil, antaranya meningkatkan kadar Cukai Perkhidmatan daripada 6% kepada 8% dan pengenalan e-invois," katanya.


Selain itu, Menteri Kewangan juga menegaskan akan mengoptimumkan perbelanjaan awam menerusi pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang telah dilaksanakan pada 10 Jun lalu bertujuan mengurangkan pembaziran dan ketirisan.


"Di samping itu, kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas merasionalisasi badan berkanun dalam menangani

pertindihan fungsi sekaligus memastikan perbelanjaan yang cekap.


"Juga memastikan pinjaman Kerajaan adalah semata-mata untuk membiayai DE yang ditumpukan kepada projek berimpak tinggi, seterusnya memberi pulangan kepada negara dan rakyat dalam tempoh jangka masa panjang," katanya.


Kerajaan juga, menurut Menteri Kewangan, akan menyemak semula kaedah pelaksanaan projek-projek mega dan kaedah pembiayaannya selain penetapan had siling jaminan Kerajaan melalui Akta 850 pada 25% daripada KDNK.


Akta 850 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2024, kata kenyataan itu, dijangka mampu menambah baik kemampanan hutang disokong oleh pelaksanaan Strategi Hasil Jangka Sederhana dan semakan semula perbelanjaan yang akan dibuat dengan lebih bertanggungjawab bagi mencapai sasaran objektif fiskal yang ditetapkan.

0 comments

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page