top of page

Perlesenan platform media sosial penting jamin keselamatan rakyat



Oleh: Akmal Manaf


Perlesenan platform media sosial bermula 1 Januari 2025 bukan dilakukan nuntuk menyekat kebebasan bersuara sebagaimana dakwaan beberapa pihak namun hal itu bagi menjamin keselamatan rakyat.


Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata perlesenan itu bertujuan mewujudkan persekitaran kondusif dan tidak menjejaskan keharmonian negara.


Hal itu katanya susulan laporan berita daripada New Straits Times (NST) tentang penjualan senjata tiruan secara dalam talian dan penahanan individu yang disyaki memiliki serta mengedar bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM).


"Tahun lalu, hampir 150 kes jenayah melibatkan menggunakan senjata tiruan ini yang boleh didapati di siaran langsung di platform TikTok.


"Harga untuk senjata api tiruan ini bermula daripada RM150 untuk model asas dan boleh mencecah sehingga RM2,000 untuk model replika.


"Barangan ini dilarang di bawah Akta Senjata Api 1971 yang mengawal ketat pemilikan dan penjualan barangan menyerupai senjata api sebenar," katanya dalam satu kenyataan.


Susulan itu, Chean Chung yang juga Pengarah Komunikasi KEADILAN percaya bahawa terdapat keperluan untuk memperkenalkan langkah seperti Rangka Kerja Kawal Selia.


"Saya percaya ini menekankan keperluan untuk Rangka Kerja Kawal Selia menghendaki semua perkhidmatan media sosial dan pemesejan internet dengan sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia mesti memohon Lesen Kelas Pembekal Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia selewat-lewatnya pada 1 Januari 2025.


"Perlesenan platform media sosial akan memudahkan untuk mengawal selia dan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk rakyat Malaysia," ujarnya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page