top of page

Perlesenan platform media sosial elak jenayah kanak kanak - AMK

Updated: 1 day ago



Oleh: Akmal Manaf


Perlesenan platform pengendali media sosial di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mulai kelmarin disokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia terutama dalam aspek melindungi kanak kanak daripada jenayah buli, pedofilia dan sebagainya,


Menurut Pengarah Komunikasinya, Haziq Azfar Ishak, pelesenan itu adalah sesuatu yang diperlukan memandangkan ketika ini banyak kes yang berlaku melibatkan media sosial termasuk buli siber.


"Seperti sebelum ini, ada seorang adik telah meninggal dunia (akibat buli siber). Apabila berlaku (kematian), pihaknya yang sepatutnya mengambil tanggungjawab adalah penyedia platform media sosial.


"Jadi, saya lihat apabila lesen itu dikuatkuasakan, ia meningkatkan tanggungjawab penyedia media sosial ini untuk lebih bertanggungjawab.


"Mereka (pengendali media sosial) dipertanggungjawabkan (jika apa-apa berlaku) sama ada mahu membenarkan pengguna berniaga atau membuat siaran langsung, kerana media sosial merupakan satu platform baharu," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau diminta mengulas mengenai langkah Kerajaan MADANI yang menguatkuasakan pelesenan itu dalam usaha melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa pedofilia, selain menyekat aktiviti jenayah siber.


Dalam pada itu, beliau berkata, peraturan di media sosial turut terpakai sama seperti peraturan yang terdapat di tempat fizikal.


"Kalau tempat fizikal (di mana-mana), akan ada (penguat kuasaan) contohnya penyelia dan peraturan yang dibuat oleh pihak kerajaan.


"Jadi di platform media sosial media pun (peraturan) itu juga terpakai," ujarnya lagi.


Untuk rekod, dalam kenyataan MCMC kelmarin penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial ByteDance (TikTok) serta Tencent (WeChat) dinyatakan sebagai dua syarikat terawal yang diberi lesen untuk membolehkan mereka beroperasi di negara ini. .


MCMC berkata, dua syarikat itu adalah antara empat penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial utama yang mengambil langkah signifikan pematuhan kawal selia yang ditetapkan kerajaan bermula 1 Januari 2025.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page