Perlepasan cukai pendapatan bagi anak Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran merupakan dasar baharu yang dibuat di bawah Kerajaan Perpaduan.
Hal itu diberitahu Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong (PH - Bukit Mertajam) dalam menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Datuk Dr Mohd Radzi Jidin (PN - Putrajaya) dalam pertanyaan menteri di Dewan Rakyat sesi pagi.
"Putrajaya telah membangkitkan beberapa persoalan utama dan paling penting isu perlepasan cukai untuk anak anak kurnag upaya pembelajaran.
"Perlepasan cukai sehingga RM4,000 ini satu dasar baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Madani. Jadi ini perkara baru. Kalau nak kata tidak prihatin, dulu tak pernah buat, sekarang dilaksanakan
"Saya setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Putrajaya dan Rasah bahawa mungkin angka ini (RM4,000) belum memadai. Kita akan ambil semua cadangan untuk menambah baik di masa hadapan," katanya
Selain perlepasan yang disediakan, Steven Sim berkata, terdapat beberapa perlepasan cukai lain yang boleh dituntut oleh ibu bapa yang mempunyai anak dalam kategori tersebut.
"Ibu bapa anak OKU boleh menuntut perlepasan cukai lain. Contohnya bagi perbelanjan membeli peralatan sokongan asas (perlepasan) RM6,000 dengan syarat anak kurang upaya tersebut berdaftar dengan JKM.
"Selain itu ibu bapa kurang upaya juga boleh menuntut perlepasan cukai RM6,000 berbanding anak bukan OKU sebanyak RM2,000.
"Kesimpulannya untuk anak anak OKU termasuk kurang upaya pembelajaran ini sebenarnya layak menuntut RM16,000 (perlepasan)," katanya lagi.
Comments