Rakyat Malaysia hanya akan berjaya sekiranya bersatu padu dalam menghadapi apa sahaja cabaran dalam memulihkan semula negara.
Hal itu disentuh dalam ucapan tahun baharu Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Selamat Tahun Baharu 2023 saya ucapkan buat seluruh rakyat Malaysia.
"Di kesempatan ini, saya ingin mengajak rakyat untuk perkuatkan semangat perpaduan dengan satu cita-cita, yakni bersatu demi tujuan yang murni," katanya.
Dalam perutusan tahun baharunya itu juga Presiden KEADILAN itu berharap tahun 2023 ini akan membawa perubahan yang lebih bermakna biar pun berkemungkinan menghadapi beberapa isu ekonomi global yang kurang menyenangkan.
"Saya yakin kita mampu hadapinya dengan baik andai ada sikap positif membawa perubahan untuk tegakkan sistem yang lebih adil kepada semua rakyat," katanya lagi.
コメント