top of page

Perkongsian idea KEADILAN Kuantan - Kluang perolehi manfaat bersama



Oleh: Akmal Manaf


Cabang KEADILAN Kuantan baru-baru ini telah menerima kunjungan Cabang Kluang sebagai langkah proaktif perkongsian idea terbaik bagi melonjakkan keberkesanan parti.


Menurut satu kenyataan, kunjungan hormat itu adalah bagi menyahut saranan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar wujud perkongsian amalan terbaik dalam parti bagi melonjakkan keberkesanan KEADILAN.


"Kunjungan ini diharapkan mampu meningkatkan ruang kerjasama dan perkongsian kerja lapangan antara kedua-dua Cabang ini.


"Delegasi lawatan yang diketuai Ketua KEADILAN Cabang Kluang, Abd Hamid Ali, telah disambut penuh mesra oleh KEADILAN Cabang Kuantan diketuai Ketua Cabang, Fakhrul Anuar Zulkawi dan barisan jawatankuasa KEADILAN Kuantan," ujar kenyataan itu.


Menurut Abd Hamid, tujuan utama lawatan adalah untuk mempelajari dan berkongsi pengalaman daripada Cabang Kuantan dalam menggerakkan program-program anggota dan juga kemasyarakatan.


Katanya, Cabang Kuantan merupakan salah sebuah Cabang paling aktif di negara ini dan mempunyai banyak kegiatan praktikal di lapangan yang boleh dipelajari dan dicontohi.


Meninjau aktiviti Wanita KEADILAN Cabang Kuantan yang menghasilkan kraftangan

"Pihak KEADILAN Kluang akan berusaha melaksanakan program-program yang dikendalikan di Kuantan selepas lawatan ini.


"Lawatan seramai 10 orang Ahli Jawatankuasa Cabang Kluang ini turut disertai Ketua Wanita KEADILAN Kluang, Haryati Abu Nasir dan Ketua AMK Keadilan Kluang, Amirul Hafiz Abd Hamid. Semoga hubungan silaturrahim yang telah terjalin ini akan terus mengukuhkan parti reformasi ini," katanya.


Dalam kenyataan sama, dimaklumkan bahawa KEADILAN Kuantan turut berkongsi pengalaman memanfaatkan segala inisiatif bantuan rakyat di pelbagai agensi kementerian.


Antara kegiatan tersebut adalah memanfaatkan geran projek APPGM-SDG Parlimen Malaysia untuk pelbagai projek komuniti termasuk pemerkasaan ekonomi anak muda dan wanita serta menggerakkan ranting-ranting melalui projek ekonomi kebun komuniti.


"Sejak 2023, dua orang pimpinan Cabang Kuantan telah berjaya dinobatkan SDG Icon Leadership Award Peringkat Kebangsaan oleh SDG Society Malaysia iaitu Ketua Wanita Cabang, Sridayu Samsuri menerusi projek pengupayaan ekonomi ibu tunggal untuk tahun 2023 dan Ahli Jawatankuasa Cabang, Mat Darus Mahussin menerusi projek kebun komuniti penternakan ayam kampung kacuk tahun 2024.


"KEADILAN Cabang Kuantan juga berjaya menggerakkan 15 kebun komuniti yang diusahakan oleh ranting-ranting parti di dalam meningkatkan ekonomi anggota sejak 2023 hingga sekarang.


"Di samping itu, ahli-ahli Cabang Kuantan juga diberi peluang menyertai program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) di bawah Bahagian Kesejahteraan Bandar Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dibawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).


"Ketua Cabang KEADILAN Kuantan telah diberi kepercayaan menerajui Pusat Pembelajaran Komuniti APPGM-SDG bagi mengendalikan program tuisyen percuma SPM dan pembudayaan sains, teknologi dan inovasi di sekolah-sekolah dalam Parlimen Kuantan," ujar kenyataan itu lagi.


Dalam kunjungan hormat itu, Delegasi KEADILAN Kluang telah dibawa melawat ke beberapa lokasi program lapangan seperti program latihan literasi digital pimpinan Cabang dan Ranting, seterusnya ke pusat kegiatan pemberdayaan ekonomi Wanita Cabang Kuantan iaitu TEJA Station dan NGO Wanita Inspirasi Kuantan (WINK) yang mengeluarkan dan memasarkan pelbagai produk keusahawanan anggota-anggota parti.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page