top of page

Perkataan kesat, lucah: Pemimpin wanita PH buat laporan polis terhadap MIC

Updated: Sep 30, 2022



Tindakan pemimpin dan ahli parti MIC yang didakwa melemparkan kata kata kesat dan lucah kepada pimpinan wanita Pakatan Harapan (PH) dianggap telah melampaui batas.


Menurut Naib Presiden KEADILAN Saraswathy Kandasamy (gambar, empat dari kiri), laporan polis terpaksa dibuat oleh pimpinan wanita KEADILAN, DAP dan Amanah terhadap MIC kerana melemparkan kata kata kesat adalah jenayah fitnah yang wajar diambil tindakan melalui oleh pihak berkuasa.


"KEADILAN, DAP, Amanah membuat laporan polis ke ahli MIC dan juga pemimpin MIC hari ini. Tujuan kita buat laporan kerana kebelakangan ini ahli MIC yang kami percaya didorong atau dengan persetujuan pemimpin mereka membuat tuduhan (fitnah) terhadap siapa sahaja wanita pembangkang yang membangkitkan persoalan berkenaan kegagalan MIC atau pun salah urus dana berkaitan agensi atau organisasi di bawah kawalan MIC.


"Mereka gunakan kata kesat dan lucah dan mereka pergi ke satu tahap yang begitu rendah sehingga menyentuh isu peribadi dan juga mencemarkan karektor setiap seorang wanita yang membangkitkan isu MIC.


"Kami ingin membawa perkara ini kepada pengetahuan pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya kerana ini satu tindakan jenayah fitnah," katanya dalam sidang media di hadapan Balai Polis Sentul, pagi tadi.


Menurut Saraswathy lagi, MIC seharusnya bersaing secara matang dalam politik bersama parti parti lain dan berdebat menggunakan fakta, bukannya membenarkan caci maki digunakan ke atas pesaing politik.


"Kita mahu MIC berdepan dengan wanita pembangkang dengan fakta bukan dengan fitnah. Ini adalah tahap terendah parti politik sehingga mereka dari pemimpin atas hingga ahli biasa gunakan cara ini untuk menentang wanta daripada barisan pembangkang," katanya lagi.


Mengulas hal sama, ADUN Sabai yang juga Naib Pengerusi DAP Pahang, Kamache Doray Rajoo (gambar, lima dari kiri) menyelar MIC kerana telah banyak kali menghina beliau dengan kata kata nista.


Katanya, MIC mempunyai cogan kata 'ibu untuk kaum India Malaysia'. Tetapi dengan sikap menghina wanita yang ditunjukkan MIC, Kamache mahu rakyat tidak lagi menagnggap MIC sebagai parti yang berbudi bahasa.


"Bila mencemarkan nama wanita, ia seolah olah mencemarkan nama keluarga. Seringkali MIC kata mereka parti ibu untuk kaum India di Malaysia.


"Saya harap hari ini sama ada pembangkang, orang awam, jangan panggil MIC parti ibu Malaysia sebab mereka tak tahu apa itu makna ibu. Tak tahu martabat wanita, oleh itu MIC bukan parti ibu di Malaysia," katanya.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page