top of page

Perkasa perundangan syariah: PKPIM sokong pindaan Akta 585, Akta 505



Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengalu alukan pindaan Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Akta 585) dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Akta 505) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 5 Disember lalu.


Menurut Presiden PKPIM, Muhammad Dzul Aiman Zulkefly, pindaan tersebut merupakan satu manifestasi serius kerajaan dalam memodenkan sistem perundangan Islam dan memperkukuhkan kedudukan agama Islam di Malaysia.


"PKPIM melihat pindaan ini sebagai titik perubahan penting, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan nilai inklusif, keadilan, dan keharmonian dalam masyarakat.


"Dengan pendekatan yang berpandukan prinsip Maqasid Syariah, pindaan ini dijangka mengukuhkan kecekapan pentadbiran serta memastikan sistem kehakiman syariah terus relevan dalam menyelesaikan cabaran masyarakat moden," katanya dalam kenyataan.


Sehubungan itu, kata beliau, PKPIM percaya pindaan berkenaan akan mengukuhkan lagi keadilan dalam sistem kehakiman syariah dengan prosedur yang lebih profesional dan telus.


Ianya juga, kata Dzul Aiman, akan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap institusi agama melalui sistem pentadbiran yang lebih sistematik dan berdaya saing.


Termasuk menonjolkan Islam sebagai agama yang progresif serta mampu menyesuaikan diri dengan cabaran dan keperluan semasa tanpa mengorbankan nilai-nilai asasnya.


"PKPIM melihat langkah ini sebagai usaha proaktif dalam menegakkan keadilan dan kesejahteraan yang bersifat holistik, sejajar dengan kehendak rakyat Malaysia yang mahukan kestabilan, kemajuan, dan perpaduan.


"PKPIM menyeru semua pihak, khususnya generasi muda untuk menyokong usaha ini. Reformasi dalam sistem perundangan Islam adalah kunci kepada pembinaan sebuah negara yang adil dan harmoni serta mampu menonjolkan Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam.


"PKPIM berharap pindaan tersebut menjadi permulaan kepada lebih banyak usaha strategik bagi memperkasakan institusi syariah di negara ini. Kami percaya perundangan Islam yang teguh akan menyumbang kepada pembinaan sebuah negara yang berintegriti, progresif, dan berpaksikan nilai Islam," kata beliau lagi.


Secara tegas, Dzul Aiman menyifatkan pindaan berkenaan bukan sekadar penambahbaikan sistem tetapi juga satu usaha murni untuk memastikan keindahan dan keadilan Islam dapat terus dirasai oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page