top of page

Perkasa kewangan Islam guna teknologi terkini - Dr Zulkifli



Oleh: Abdullah Zaid


Pelancaran Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam (ISRA Corner) dan Rantaian Blok Kewangan Sosial Islam Malaysia (MySIF Blockchain) disifatkan sebagai usaha memperkasakan ilmu dan tatakelola kewangan Islam.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan berkata kerjasama itu menunjukkan pemerkasaan kewangan islam selain dapat mewujudkan sinergi antara universiti tempatan institusi kewangan dan pemain industri.


Menurutnya, ISRA Corner merupakan kerjasama antara Universiti Sains Islam Malaysia dengan Universiti International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF).


“Penubuhan ISRA Corner merupakan inisiatif untuk memperkasakan pengetahuan berkaitan kewangan Islam dan menambahkan sumber pendidikan kewangan Islam selain dijadikan sebagai platform pelaksanaan program, bengkel, seminar dan lain-lain aktiviti.


“ISRA Corner membantu meningkatkan tahap kebolehcapaian akses kepada sumber maklumat terkini berkaitan kewangan Islam menerusi platform repositori digital iaitu Islamic Finance Knowledge Repository (I-FIKR),” katanya dalam satu kenyataan.


Jelasnya, ISRA Corner juga menyediakan koleksi bahan maklumat bercetak termasuk buku, jurnal dan sebagainya terbitan Universiti INCEIF.


Selain itu, bagi sistem MySIF Blockchain, Zulkifli berkata, produk berkenaan dibangunkan secara bersama oleh penyelidik dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) dan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) USIM serta kerjasama pihak industri.


“Projek ini memberi tumpuan kepada instrumen kewangan sosial Islam merangkumi wakaf, zakat, sedekah, infaq, dan pembiayaan mikro.


“Dengan adanya sistem realtime transaction, segala transaksi kutipan dan agihan zakat, wakaf, sedekah, infaq, serta pembiayaan mikro dapat diikuti dan diselidiki secara langsung dan telus.


Tambah Zulkifli, MySIF Blockchain mampu meningkatkan tata kelola pengurusan institusi kewangan sosial Islam dan ketelusan proses pungutan serta pengagihan instrumen kewangan sosial Islam.


Justeru, beliau berharap program di bawah Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) USIM, Perpustakaan USIM dan Islamic Finance and Wealth Management Institute (IFWMI) USIM mampu memberi manfaat negara dan warga USIM.


“Diharapkan program ini mampu memberi impak yang positif kepada negara secara umumnya dan USIM secara khususnya,” ujarnya.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page