top of page

Perkasa industri perfileman: Akta Finas perlu dikemas kini - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 hours ago
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 perlu dikemas kini dengan beberapa perkara bagi mendepani perubahan yang sedang berlaku dalam industri kreatif tanah air, khususnya membabitkan perfileman.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, seiring dengan peredaran masa, beliau tidak mahu melihat golongan veteran dalam industri kreatif di negara ini terpinggir.


''Pada masa sama, saya tak nak berlaku keadaan di mana kita bergerak terlalu pantas ke depan, dan kita tinggalkan para veteran.


''Sebelum masuk ke dewan tadi, saya tegaskan bahawa dalam beberapa perkara, saya minta FINAS dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) supaya meneliti projek-projek akan datang seperti pemberian dana, geran dan sebagainya.


''(Projek-projek) tersebut perlu ada satu elemen iaitu dimasukkan para veteran sebagai pelakon dalam filem-filem yang akan dihasilkan nanti,'' katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucaptama sempena sambutan Aidilfitri FINAS yang diadakan di sebuah hotel di Damansara, hari ini.


Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan turut memaklumkan beliau ada meminta pihak FINAS agar meneliti secara keseluruhan mengenai aspek kebajikan penggiat seni tanah air demi membela nasib mereka.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page