top of page

Perkasa industri pembuatan pada waktu ekonomi China lembab



Oleh: Abdullah Zaid


Biarpun kelembapan ekonomi China pada tahun mendatang memberi kesan kepada negara, namun ia juga membuka peluang kepada Malaysia menjadi destinasi pelaburan utama yang baharu.


Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli (PH - Pandan) berkata pelabur dan industri luar yang mahu mengurangkan risiko berdagang di China akan melihat Malaysia sebagai potensi baharu dalam ruang ekonomi, terutamanya industri pembuatan.


"Kita berharap dengan dasar yang baik akan dapat menarik lebih banyak industri untuk datang ke Malaysia dan beralih dari China ke negara kita," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.


Justeru kementerian pada waktu ini, kata Ahli Parlimen Pandan itu, sedang meneroka inisiatif menggalakkan pengusaha perniagaan makanan dan minuman (F&B) menceburi industri pembuatan dan pengilangan yang mempunyai permintaan tinggi di peringkat global.


"Sebanyak 79 peratus PMKS (perusahaan mikro, kecil dan sederhana) di negara ini merupakan perusahaan mikro dan kebanyakan mereka terlibat dalam sektor F&B dan kita perlu mencari jalan untuk memastikan mereka mula meneroka aktiviti dalam sektor pengilangan dan pembuatan," ujarnya.


Oleh itu, katanya, kerajaan telah menyediakan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) sebagai dasar yang sangat penting untuk memastikan daya saing berterusan bagi industri pembuatan yang berdagang di peringkat antarabangsa.


"Ini kerana apabila ekonomi dunia mula rancak kembali dalam tempoh satu dua tahun lagi, kita sudah bersedia mengemaskan pematuhan kita kepada peraturan antarabangsa dan meletakkan kita lebih baik berbanding pesaing kita, dan Malaysia akan mendapat manfaat daripadanya," kata beliau lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Komentar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page