top of page

Perkasa ekosistem pendidikan awal, Selangor kerjasama dengan Australia



Kerajaan Negeri Selangor meneruskan usaha untuk memperkasa ekosistem pendidikan awal kanak-kanak.


Exco Pembangunan Wanita Anfaal Saari berkata, bagi tujuan itu pihaknya sedang mengatur kerjasama dengan institusi pendidikan Australia, Technical and Further Education (TAFE) Victoria untuk kursus pensijilan mikro.


"Kita akan laksanakan secara training of trainer (TOT) yang mana melatih peserta untuk menjadi jurulatih atau fasilitator yang efektif kepada peserta lain.


"Pengasuh yang hadir untuk kursus jangka pendek ini akan menerima pentauliahan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak dan mereka boleh jadi jurulatih kepada pengasuh lain nanti.

"Selain boleh tambah nilai pengasuh terutama pengasuh di rumah, program ini juga akan memperkasa ekosistem pendidikan awal kanak-kanak negeri," katanya dipetik Media Selangor.


Beliau turut memaklumkan, kursus tersebut dijangka dapat dimulakan tahun itu dan ia akan melibatkan kira-kira 30 pengasuh.


Sementara itu jelasnya, 660 pengasuh dari rumah telah melalui Kursus Insentif Perkembangan Kanak-Kanak (KIPK) di bawah program Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IMPAK) setakat ini.

"IMPAK buat masa sekarang sudah berjalan sekitar 10 siri dan ia akan diteruskan bagi memastikan lebih ramai pengasuh menerima manfaat menerusi kursus tersebut," katanya lagi.


Kerajaan Negeri menyasar 1,000 pengasuh menjalani program latihan IMPAK tahun ini dan mereka yang berminat boleh mendaftar di laman web impak.yawas.com.my dengan memenuhi lima syarat utama.


Peserta yang terpilih menjalani KIPK secara percuma turut berpeluang menerima geran bernilai RM2,000 setiap seorang.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page