top of page

Perjuangan diteruskan dari reformasi ke MADANI - Mustapa Mansur




Perjuangan menegakkan pemerintahan yang adil dan saksama kepada rakyat Malaysia bukan bermula setahun dua ini tetapi merupakan satu perjalanan panjang sejak 26 tahun lalu.


Hal itu diimbau kembali oleh Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM), Mustapa Mansur Amer Mohd Isa di Majlis Peluncuran Kad Ahli PKORM di Shah Alam, semalam.


Menurut Mustapa, sebagaimana di Syria hari ini rakyatnya mendapat kebebasan selepas sedekad dibelenggu peperangan menentang rejim Bashar al Assad, Malaysia kini dibina kembali melalui agenda MADANI yang diasaskan dari gerakan reformasi bermula pada 1998 lalu.


"Kita bina negara ini... saya sensitif sedikit dengan kejadian sehari dua ini, revolusi Syria dan berlakunya kemenangan rakyat. Biarpun media barat mengatakan pasukan pembebasan itu penyamun, pemberontak, segala yang buruk ke atas mereka... padahal itulah pejuang rakyat.

Pengerusi PKORM, Mustapa Mansur

"Macam itulah kita dulu. Nak menang pilihan raya umum 2018 berapa kali kita kena terajang? Ada kawan saya sampai sekarang makan tak ada rasa (hilang deria rasa) kena penendang FRU di kepala.


"Juga rakan rakan yang telah meninggal, yang sudah tua...


"Maknanya negara ini harus dibina dengan betul. Orang tanya macam mana nak bina negara? Kita bina dengan cara yang dipelopori oleh Datuk Seri Anwar, dengan adanya Deklarasi Permatang Pauh, semua itu menjadi agenda utama dan diteruskan hari ini, dari reformasi ke MADANI," katanya.


Tegas Mustapa, agenda MADANI bukanlah sesuatu yang terpisah daripada reformasi. Begitu juga terbentuknya Kerajaan Perpaduan, katanya, merupakan usaha berterusan semua rakyat Malaysia yang mahukan kestabilan politik dan negara dipulihkan selepas salah tadbir urus berdekad dekad lamanya.


Sambil menyifatkan pejuang reformis berjiwa kental, sanggup masuk keluar lokap, ditindas, hilang kerja dan sebagainya, waktu ini kata Mustafa, adalah ruang kemenangan yang perlu diisi.


Tugas generasi hari ini, jelasnya, adalah memastikan perubahan yang berkekalan dan kemenangan seterusnya disambut generasi akan datang.


Sebahagian anggota PKORM yang berjuang membawa perubahan sejak 1998

"Inilah nilai sebuah perjuangan yang panjang dan kita dapat menikmatinya dalam setahun dua ini. Jagalah kemenangan ini supaya kita dapat tinggalkan kemenangan ini kepada anak cucu kita.


"Kita harap pimpinan selepas Datuk Seri Anwar, ada lagi pimpinan yang meneruskan misi kita serta mengekalkan contoh MADANI yang baik," katanya lagi.


Dalam majlis berkenaan Setiausaha Agung KEADILAN, Dr Fuziah Salleh telah merasmikan kad keahlian PKORM yang akan diedar kepada lebih 3,000 ahli berdaftar.


Kad keahlian itu diumumkan akan mempunyai beberapa fungsi lain sebagai kad touch n go, kad diskaun manakala ahli PKORM akan dibekalkan khairat kematian bagi membalas jasa mereka memperjuangkan perubahan negara.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page