top of page

Perincian RUU Mufti mungkin dirujuk kepada Majlis Raja Raja - PM



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perincian mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) mungkin akan dirujuk kepada Majlis Raja Raja pada minggu depan.


Perdana Menteri memberitahu RUU itu masih di peringkat perbincangan untuk diperincikan oleh mereka yang pakar dalam bidang berkenaan.


"Kita sedang bincang dan dengar pelbagai pandangan… bermakna tidak ada pertikaian mengenai soal Sunnah Wal Jamaah, (kita) rujuk kepada (mazhab) Syafie, Hanafi, Maliki atau Hambali dan pandangan lain.


"Perincian itu ada dibincangkan dan saya serah kepada pakar," katanya dipetik selepas menghadiri Global MADANI Forum 2024 bertemakan 'Catalysing The Next Civilisational Revival' di Kuala Lumpur hari ini.


Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong serta Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.


Anwar mengulas laporan sebuah portal bahawa Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail bertitah tidak berkenan nama Majlis Raja Raja digunakan dalam usaha menyokong rang undang-undang itu yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat oleh Mohd Na’im pada 2 Julai lepas.


Baginda dilaporkan bertitah demikian menerusi Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin yang kemudiannya membuat hantaran di Facebook.


Pada 2 Julai lalu Mohd Na'im membentangkan tiga RUU berkaitan hal ehwal Islam untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat merangkumi RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024, RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.


RUU Mufti antaranya memperincikan mengenai penubuhan Jawatankuasa Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam dengan dipengerusikan mufti.


Perkara yang dipertikaikan dalam RUU Mufti ialah tafsiran pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mana ia turut merujuk kepada pegangan akidah aliran Asya'irah dan Maturidiah selain berpegang kepada empat imam mazhab dalam kalangan Ahlul Sunnah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page