top of page

Perikanan laut dalam: Kerajaan bentuk Jawatankuasa kerjasama M'sia-Vietnam



Sebuah jawatankuasa bakal ditubuhkan bagi merangka model kerjasama perikanan laut dalam antara Malaysia dan Vietnam bagi memanfaatkan sumber laut di perairan kedua-dua negara.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, penubuhan jawatankuasa itu yang akan membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta agensi berkaitan sudah dipersetujui Kabinet secara dasar.


Perkara itu susulan pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam pada Nov lalu dimana kedua-dua pemimpin bersetuju untuk meneroka kerjasama dalam industri perikanan dan maritim.


"Kabinet baru-baru ini telah membincangkan perkara ini hasil daripada idea kedua-dua pemimpin tersebut. Setelah itu, kami secara dasar bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet yang turut melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, serta agensi-agensi lain.


"Secara prinsipnya, kerjasama ini bertujuan mencari kaedah model terbaik untuk membolehkan kedua-dua negara berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam teknologi tangkapan ikan laut dalam.


"Selain itu, kedua-dua pihak juga akan menjalankan operasi bersama bagi memastikan keuntungan dapat dinikmati oleh kedua-dua negara," katanya dipetik.


Saifuddin sebelumnya menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN di Putrajaya pada Khamis yang turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KDN Datuk Awang Alik Jeman.


Mengulas lanjut beliau berkata, konsep kerjasama akan mengambil contoh perjanjian yang ditandatangani di antara Maghribi dan negara Kesatuan Eropah (EU).


"Melalui tandatangan (perjanjian) ini, Sepanyol yang juga negara anggota EU dapat mengusahakan hasil laut di kawasan perairan Maghribi," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page