top of page

Pergerakan operasi ketika bencana akan ditambah baik - Aiman Atirah



Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melakukan penambahbaikan pergerakan operasi bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya.


Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Atirah Sabu berkata, langkah itu berdasarkan pengalaman gelombang pertama yang menyaksikan air naik dengan cepat dan kritikal di Rantau Panjang.


"Kenaikan air sukar dijangka dan kritikal sehingga mengakibatkan balai bomba di daerah itu tenggelam.


"Pengalihan logistik dan pangkalan hadapan wajar dipindahkan daripada lokasi asal ke tempat lebih tinggi supaya koordinasi dapat dilakukan dengan lebih sistematik," katanya dipetik.


Beliau ditemui pemberita selepas melakukan lawatan di Bilik Gerakan Banjir, Balai Bomba Tunjong di Kota Bharu pada Sabtu yang turut dihadiri Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisyam Mohammad dan Pengarah JBPM Kelantan, Farhan Sufyan Borhan.


Sementara itu, Aiman Athira turut menzahirkan pujian kepada anggota penyelamat yang jelasnya telah melaksana strategi teratur sehingga sehingga mampu melakukan operasi menyelamat bersama agensi lain walaupun banjir berlaku di luar jangka.


Dalam perkembangan berkaitan beliau memberi jaminan bukan sahaja pergerakan operasi akan dipertingkatkan.


Menurutnya, pihak kementerian juga memberi jaminan akan memastikan aset operasi melibatkan darat, air serta udara mencukupi.


"Pada masa yang sama, kita juga bersiap sedia menerima bantuan dari luar Kelantan. Selain kenderaan darat, kami menyediakan lima helikopter yang akan digerakkan sekiranya perlu bagi menyelamatkan mangsa termasuk membawa bekalan makanan," jelasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page