top of page

Perekodan di MPM bakal dinaiktaraf dengan sistem digital AI

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 15
  • 1 min read


Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akan melaksanakan penaiktarafan sistem dan perkakasan perekodan digital di Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, penaiktarafan itu akan sistem berkenaan berupaya menjana transkrip segera sekaligus meningkat kecekapan prosiding kes.

"Teknologi AI ini akan digunakan di semua MPM di seluruh negara dengan fasa awal adalah di Pulau Pinang dan melibatkan anggaran kos hampir RM5 juta


"Sistem ini akan membolehkan proses penyediaan transkrip akan menjadi lebih pantas, sekali gus mengurangkan masa penyelesaian kes," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya hadir merasmikan bangunan KESUMA Pulau Pinang di Georgetown pada Jumaat.


Dalam perkembangan berkaitan Sim memaklumkan MPM sedang menjalin kerjasama dengan Pusat Bantuan Guaman, Majlis Peguam Malaysia dan Jabatan Bantuan Guaman Malaysia bagi menyediakan khidmat guaman kepada pekerja yang kurang berkemampuan.


Kerjasama itu bagi membolehkan pekerja mendapat wakil guaman dalam kes-kes Mahkamah Perusahaan.


"Pada masa sama, Jabatan Bantuan Guaman Malaysia yang sebelum ini hanya mengendalikan kes di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah akan diperluas peranannya bagi membantu pekerja dalam prosiding MPM," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page