top of page

Perdana Menteri diundang hadiri Sidang Kemuncak G20 di Brazil



Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diundang Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Rio de Janeiro pada November ini.


Kementerian Luar (Wisma Putra) melalui satu kenyataan berkata, undangan itu disampaikan Menteri Luar Brazil Mauro Vieira ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di Seri Perdana pada Ahad.


"Semasa kunjungan hormat itu, Anwar turut mengulangi hasrat Malaysia untuk menyertai BRICS dan Vieira mengalu-alukan permohonan Malaysia serta memberi jaminan akan sokongan Perdana Menteri Brazil.


"Kedua-dua pihak turut menyentuh perkembangan semasa global termasuk situasi di Gaza, Myanmar dan konflik Rusia-Ukraine selain membincangkan hubungan dua hala yang lama terjalin antara Malaysia dan Brazil," kata kenyataan itu.

Vieira mengakhiri lawatan rasminya dua hari ke Malaysia semalam. Ia merupakan lawatan pertamanya ke negara ini sebagai Menteri Luar sejak memegang jawatan pada 1 Jan 2023.


Selain Anwar, Vieira turut bertemu dan mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasa untuk mengkaji semula dan membincangkan kerjasama dua hala sedia ada antara kedua-dua negara.


Sementara itu Wisma Putra menyifatkan lawatan ini telah memberi dorongan baharu kepada hubungan Malaysia-Brazil yang terjalin sejak 65 tahun lepas pada 1959, ketika kedua-dua negara berusaha untuk mengukuhkan kerjasama mereka.


Brazil terus menjadi rakan perdagangan kedua terbesar Malaysia di rantau Amerika Latin. Pada 2023, jumlah dagangan antara Malaysia dan Brazil bernilai RM17.46 bilion (US$4 bilion), meningkat empat peratus daripada RM16.86 bilion (US$3.85 bilion) yang direkodkan pada 2022.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page