top of page

Perdana Menteri dijadual rasmi himpunan terbesar ahli al-Quran hari ini



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan "Himpunan 24K Huffaz Malaysia" di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, petang ini.


Himpunan bertemakan ‘Huffaz Tonggak Modal Insan Negara’ itu akan menghimpunkan 24,000 ahli al-Quran terdiri daripada pelajar tahfiz, guru tahfiz dan alim ulama dari 1,500 buah madrasah tahfiz bernaung di bawah Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) seluruh negara.


"Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucaptama serta berkongsi aspirasi kerajaan Madani dalam memartabatkan institusi tahfiz dan memperkasakan peranan huffaz sebagai tonggak utama pembangunan negara bangsa," kata Pengerusi Pertubuhan Agamawan Muda Malaysia, Afif Farhi Othman dipetik laporan media.


Mengulas lanjut beliau berkata, himpunan bertujuan meletakkan agenda pengislahan generasi masa hadapan dengan mengutamakan pendidikan al-Quran sebagai asas penting


Ia juga bagi memartabatkan al-Quran dalam kalangan masyarakat dan mencipta platform yang mampu mengukuhkan silaturahim antara para huffaz di seluruh negara.


"Program ini juga memberikan peluang kepada huffaz untuk berkongsi ilmu dan pengalaman, serta menerima pengiktirafan sebagai penjaga al-Quran yang mempunyai peranan penting dalam masyarakat. Dengan pengiktirafan ini, para huffaz diharap dapat menyumbang secara positif kepada pembangunan sosial," tambahnya.


Difahamkan, himpunan hari ini akan menyaksikan pelancaran Waqaf Al-Quran Mushaf Huffaz, di mana sebanyak 24,000 naskhah mushaf akan diedarkan kepada para huffaz.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page