top of page

Perdana Menteri beri khabar gembira gaji penjawat awam naik 7%-15%



Oleh: Abdullah Zaid


Perdana Menteri mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15% kepada kumpulan pelaksana, manakala 7% kepada pengurusan tertinggi.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan pemberian gaji akan diberikan secara berfasa iaitu fasa 1 pada 1 Disember 2024 manakala fasa 2 pula pada 1 Januari 2026.


"Bagi penyelarasan gaji penjawat awam fasa 1 pegawai Kumpulan Pelaksana, Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah 8% dan fasa 2 pula akan dinaikkan 7% jadi secara umumnnya adalah 15%.


"Manakala, bagi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi penyelarasan gaji fasa 1 adalah 4% dan fasa 2 pula 3% menjadikan ia secara keseluruhan 7%.


"Pelaksanaan secara berfasa ini bagi memastikan tiada inflasi kerana jika inflasi naik pendapat sebenar akan berkurang," katanya mengumumkan berita itu pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA XIX) 2024 di sini, hari ini.


Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, peningkatan gaji itu akan memberi faedah berganda di antara 16.8% hingga 42.7%.


"Misalnya, pembantu hidupan liar gred G 11 dengan pendapatan bulanan gaji dan elaun pada 30 November adalah RM1,795 akan menerima pendapatan bulanan sebanyak RM2,115 mulai Disember 2024 dalam fasa 1.


"Manakala fasa 2 pula, beliau akan menerima penyelarasan sebanyak 7% menjadi jumlah pendapatan bulanan meningkat kepada RM2,327," ujarnya.


Selain itu, bagi meningkatkan motivasi kerja Kumpulan Pelaksana, beliau berkata, insentif berdasarkan prestasi diberikan kepada pegawai yang mencapai tempoh perkhidmatan enam tahun selepas ‘time based’ kecemerlangan termasuk kenaikan gaji tahunan gred tahunan pegawai.


"Manakala bagi Kumpulan Profesional pula pangkat secara one-off melibatkan Pegawai Gred 41 hingga 48 secara khas untuk penyandang mengikut tempoh dan kriteria yang ditetapkan bagi bagi skim yang kenaikan pangkat terhad kepada kekosongan jawatan," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page