top of page

Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat, PMX buka jalinan pelaburan baharu



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Sebagaimana banyak manfaat daripada lawatan Perdana Menteri (PMX) ke pelbagai negara sebelum ini, lawatan ke Uzbekistan turut tidak terkecuali daripadanya.


Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di Forum Perniagaan Uzbekistan-Malaysia di Silk Road Samarkand Complex yakin hubungan baik kedua-dua negara mampu menawarkan potensi besar yang boleh mentransformasi dan memodenkan pembangunan ekonomi.


Untuk itu, beliau berkata, kedua-dua negara perlu fokus untuk menjalin kerjasama dalam bidang seperti transformasi digital, peralihan tenaga dan juga pembangunan industri halal.


Di waktu yang sama, Anwar bangga kerana perdagangan serta pelaburan antara kedua-dua negara sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.


"Kita kena tingkatkan kerjasama (antara kedua-dua negara). Kita boleh mempermudahkan proses (kemudahan menjalankan perniagaan)," katanya.


Untuk rekod, pada tahun 2023, nilai dagangan antara Malaysia dan Uzbekistan berjumlah RM451.1 juta (AS$94.03 juta), dengan eksport ke Uzbekistan berjumlah RM449 juta (AS$93.6 juta) manakala import sebanyak RM1.99 juta (AS$414,518).


Tandatangan enam memorandum


Di forum tersebut, Anwar bersama Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan, Jamshid Khodjaev turut menyaksikan majlis tandatangan enam memorandum persefahamam (MOU) bagi kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.


Satu - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bersama Dewan Perdagangan dan Industri Uzbekistan (CCIU) telah menandatangani MOU untuk mengukuh serta membangunkan kerjasama promosi perdagangan antara Malaysia dengan Uzbekistan dan pertukaran maklumat perdagangan.


Dua - Sunview Sdn Bhd bersama Yashil Energiya" LLC menandatangani MOU untuk pemasangan panel solar dengan jumlah kapasiti hingga 50mW di bangunan organisasi sosial dan pejabat kerajaan di Uzbekistan.


Tiga - Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Tashkent State University of Economics (TSUE) menandatangani persefahaman untuk bekerjasama dalam sektor pendidikan, terutama membangunkan program kolaboratif dan menyediakan peluang serta sokongan kepada pelajar dalam pembangunan profesional dan kerjaya, selain bersetuju untuk berkongsi pengetahuan berhubung perkembangan dalam pengajaran, penyelidikan, latihan dan amalan.


Empat - kedua-dua universiti juga setuju untuk menganjurkan projek penyelidikan dan perundingan bersama dalam bidang kepentingan bersama, dan mengelolakan simposium, acara, sesi, persidangan, bengkel, kursus pendek, wacana serta mesyuarat mengenai perakaunan dan kewangan, ekonomi serta perniagaan.


Lima - Universiti Utara Malaysia (UUM) akan bekerjasama dengan TSUE dalam pertukaran fakulti, aktiviti penyelidikan bersama dan penerbitan, program akademik (ijazah berganda, sarjana dan PhD) serta berkolaborasi dalam penyertaan seminar dan mesyuarat akademik, pertukaran bahan akademik dan maklumat lain seperti program akademik jangka pendek khas dan pertukaran pelajar untuk penyelidikan.


Enam - UUM juga akan bekerjasama dengan Banking and Finance Academy (BFA) dengan UUM menawarkan program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBM) dan sebaik selesai, BFA pula akan memindahkan kredit ke program MBA di institusi itu.


Dengan itu, lihatlah betapa lawatan ke Uzbekistan ini memberi banyak manfaat untuk masa depan rakyat dan negara.


Kalau lawatan ke negara kuasa ekonomi, tumpuan ialah untuk menarik syarikat-syarikat besar negara berkenaan melabur di Malaysia, sebaliknya dalam lawatan ke negara seperti Uzbekistan ini, fokusnya lebih kepada pembangunan modal insan dan kemanusiaan.


Pokoknya, ke mana saja Anwar pergi, manfaat yang dibawa pulang tetap membanggakan.

_________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page