top of page

Perdagangan karbon: Rafizi adakan perbincangan dengan Premier Sarawak



Satu pertemuan telah diadakan antara Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Rabu.


Pertemuan diadakan di Wisma Bapa Malaysia di Kuching itu bagi membincangkan Rang Undang-Undang (RUU) berhubung perdagangan karbon dan turut dihadiri menteri kabinet negeri Sarawak.


Rafizi ketika ditemui pemberita selepas pertemuan tersebut berkata, perbincangan berkenaan tertumpu kepada usaha mengharmonikan undang-undang di peringkat negeri dan Persekutuan sebelum RUU itu dibentangkan pada penghujung tahun ini.


"Semangatnya ia adalah untuk memastikan Sarawak dan juga Malaysia dapat melaksanakan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) dengan secepat mungkin mengikut perancangan yang dibuat dan proses itu akan terus berjalan.


"Saya berasa lega apabila mengetahui semua pihak bersetuju untuk memastikan kejayaan kemajuan Malaysia, kerana CCUS adalah satu aktiviti berteknologi tinggi yang memacu lonjakan ini ke hadapan," katanya dipetik.


Sebelum ini, Rafizi dilaporkan berkata RUU CCUS akan dibentangkan di Parlimen pada November depan.


Beliau berkata penggubalan undang-undang nyahkarbon itu bertujuan mengawal selia aktiviti berkaitan, sekali gus menarik lebih ramai pelabur ke negara ini.


Empat negeri telah dikenal pasti mempunyai potensi besar untuk melaksanakan CCUS iaitu Sabah, Sarawak, Terengganu dan Pahang.


Sementara itu menurut Rafizi, beliau optimis sekiranya Malaysia dapat melaksanakan perdagangan karbon dengan berjaya dalam tempoh lima tahun akan datang, ia akan meletakkan Malaysia di hadapan dan Sarawak menjadi pemain utama sektor itu di peringkat serantau.


"Ia akan mencipta banyak pekerjaan dengan gaji tinggi, mengangkat kepimpinan kita dalam peralihan tenaga. Saya rasa momentum untuk ini telah meningkat dengan begitu pantas dalam tempoh satu tahun," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page