top of page

Percepat projek pengairan RM1 bilion, bantu pesawah tingkat hasil padi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 27
  • 2 min read


Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar mahu pelaksanaan infrastruktur bagi menyokong program tanaman padi lima musim dalam dua tahun di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Fasa 1, Kedah dapat disegerakan.


Perdana Menteri berkata projek dengan kos RM1 bilion yang dimulakan di Empangan Pedu itu perlu segera dijalankan bagi menyediakan sistem pengairan lebih baik untuk kemudahan para pesawah di kawasan jelapang padi itu.


"Saya rasa kita tidak ada pilihan lain selain beri keutamaan kepada negeri seperti Kedah, Perlis, Terengganu dan Selangor..sekarang Sarawak dan Sabah juga.. ia memakan belanja tinggi kerana sistem pengairan perlu moden dan perlu ada empangan.


"Jadi kita belanja dalam masa singkat percepatkan pelaksanaannya betulkan empangan supaya menjamin saliran... ini kita belanja RM1 bilion untuk fasa pertama," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Infrastruktur Bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Kawasan Muda Fasa 1 di Pida 4, Ayer Hitam, Jerlun, Kedah hari ini.


Hadir sama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bagi menjayakan program itu, kerajaan negeri Kedah dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan perlu bekerjasama bagi menyokong inisiatif berterusan kerajaan untuk meningkatkan hasil padi negara.


Beliau berkata usaha yang perlu dilakukan oleh Kerajaan Negeri ialah mempercepat proses pengambilan tanah bagi menaik taraf infrastruktur sistem pengairan di kawasan terlibat.


"Sebab itu saya ucap terima kasih kerana pesawah bersetuju (rancangan kerajaan) dan Kerajan Negeri perlu percepat urusan pengambilan tanah, kalau dah jalan (projek) semua anggap, perlu anggap ini proses utama ikut jadual dan kalau boleh dipercepatkan.


"Kalau tidak orang lemas (resah) dengar umum dah umum dah tapi tak jalan lagi...ini masalah hidup (pesawah) cari makan, melambat maknanya beban kepada orang," ujarnya.

Perdana Menteri berkata masalah harga padi dan pengilang bukan perkara baharu malah telah tercetus ketika beliau menjadi Menteri Pertanian sebelum ini.


Dalam hal ini, perkara utama ialah bagaimana cara untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi negara dengan kerajaan bersedia mengeluarkan belanja yang tinggi untuk kemudahan infrastruktur.


"Kepada pesawah jangan kata kita pandang ringan masalah ini, ini tidak termasuk tebatan banjir," ujarnya.


Anwar menegaskan kerajaan amat mengambil berat soal keselamatan makanan asas rakyat dan negara tidak seharusnya terus bergantung kepada beras import.


"Memang Vietnam minta kita beli.. buat sementara ini bolehlah tapi takkan sebagai negara makanan (beras) dikatakan untuk keselamatan, mana-mana negara perlu sumber makanan yang asas," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page