top of page

Percepat pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat - AMK



Oleh: Akmal Manaf


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia menggesa pihak kerajaan agar mempercepatkan pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi memastikan perlindungan yang lebih komprehensif dan efektif kepada pemberi maklumat kes kes jenayah.


Exco AMK, Arshad Hassni berkata, pihaknya menzahirkan kebimbangan berkaitan perlindungan terhadap pemberi maklumat yang masih belum memadai di negara ini.


''Baru-baru ini, seorang pemberi maklumat yang memiliki bukti video melibatkan perbincangan rasuah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), menyatakan kerisauan terhadap keselamatan beliau akibat pendedahan berkenaan.


''Pada April 2024, Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Agenda Reformasi Institusi dan Undang-Undang telah bersetuju secara prinsip mengenai cadangan penubuhan Ombudsman Malaysia serta pindaan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).


''Namun, sehingga kini, tiada perkembangan lanjut mengenai pelaksanaan cadangan tersebut,'' katanya menerusi kenyataan.


Menurut Arshad yang juga Ketua AMK Segambut, kerajaan juga disaran agar mempercepatkan penubuhan Ombudsman Malaysia sebagai badan bebas yang bertanggungjawab dalam menerima dan menyiasat aduan salah laku sekali gus memastikan keselamatan pemberi maklumat.


Beliau berkata, pihaknya percaya dengan memperkukuhkan perlindungan kepada pemberi maklumat, usaha membanteras rasuah akan menjadi lebih berkesan seiring dengan komitmen yang tinggi oleh kerajaan Malaysia MADANI dalam memastikan integriti dan ketelusan dalam pentadbiran negara.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page