top of page

Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar: Kaedah terbaik ukur garis pendapatan



Oleh: Akmal Manaf


Statistik baharu mengukur kos sara hidup berdasarkan pendapatan keluarga merangkumi Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kelmarin, menggambarkan Kerajaan Perpaduan mempunyai iltizam kuat dalam menentukan rakyat yang layak menerima bantuan.


Menurut Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azfar Ishak, Kerajaan MADANI bukan semata-mata mahu memastikan agihan kekayaan yang adil, tetapi menggunakan metodologi atau kaedah yang betul dalam merealisasikan azam tersebut.


"Kita tidak boleh melihat masalah ketirisan subsidi atau dana negara sebelum ini daripada aspek pecah amanah atau gadai integriti semata-mata.


"Faktor terbesar ketirisan ini juga disebabkan tidak kompetennya pemimpin (atau sistem) ketika itu.


"Mereka tidak dapat menghasilkan satu kaedah bagi memastikan pengagihan itu dibuat secara adil," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan, hari ini.


Haziq diminta mengulas mengenai indeks dikeluarkan DOSM yang menunjukkan Kerajaan lebih mengambil kira tanggungan rakyat sebelum diberi subsidi berbanding konsep sebelum ini yang fokus kepada pendapatan kasar semata mata.


Ditanya tentang kelayakan penerima bantuan mengambil kira pelbagai faktor dan menolak hujah pembangkang bahawa kerajaan hanya tahu menghapus subsidi dan menaikkan cukai, Haziq berkata, pihak pembangkang sememangnya jaguh mengeluarkan pelbagai pendapat.


Bagaimanapun, katanya, apa yang penting adalah melihat kepada polisi yang mereka perkenalkan sewaktu menjadi kerajaan pada 2020 - 2022 lalu.


"Mereka menjalankan pentadbiran negara secara ‘business as usual’ sahaja.


"Kita yang membuat perubahan radikal, kita pula yang dituduh gagal? Ini tidak logik," katanya.


Menurut beliau lagi, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini pernah menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebagai 'umum dulu, fikir kemudian'.


"Sudah pasti apabila hendak memperkenalkan benda baharu yang radikal, ia tidak praktikal untuk kita menunggu segala butiran selesai atau lengkap.


"Kalau ikut pemikiran ‘business as usual’ Syed Saddiq, memang tidak jadi apa," katanya.


Sementara itu, Haziq mahu rakyat mengingat kembali idea Syed Saddiq yang mahu memperkenalkan ojek atau perkhidmatan teksi motorsikal, satu pengangkutan jarak pendek yang popular di Indonesia namun tidak praktikal di Malaysia sebagai kegagalan total idea ahli politik muda berkenaan.


"Tengoklah ketika beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan dan mahu memperkenalkan perkhidmatan ojek. Ini langsung tidak ada nilai tambah dan tidak membantu anak muda," katanya lagi.


Oleh itu, Haziq berharap rakyat bersedia dengan kayu ukur baharu pendapatan dan perbelanjaan keluarga di negara ini dengan kaedah PAKW yang kelak dijadikan panduan kepada pihak kerajaan bagi memberi bantuan kepada rakyat yang layak.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page