
Umat Islam seharusnya menggunakan tarbiyah Ramadan tahun ini bagi menjarakkan diri daripada amalan berkongsi berita palsu yang menjadi sebahagian daripada dosa.
Menteri Komunikasi Fahmi fadzil berharap semoga ibadah Ramadan kali ini dapat dijalani lebih baik berbanding tahun lalu.
"Selamat menunaikan ibadah puasa buat seluruh umat Islam.
"Semoga Allah SWT kurniakan kekuatan dan kesabaran kepada kita semua agar segala ibadah dapat dilaksanakan dengan sempurna dan diterima-Nya.
"Sama-samalah kita perbaiki amal ibadah dan jauhkan diri daripada segala bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu.
Semoga Ramadan kali ini ditempuhi dengan penuh barakah dan kedamaian," katanya yang juga Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia.
Umat Islam Malaysia mula berpuasa menunaikan rukun Islam yang ketiga hari ini sesuai dengan ketentuan kaedah rukyah dan hisab penentuan awal Ramadan.
Comments