top of page

Perayaan Pongal ajar kesyukuran setelah jerih perih perjuangan



Perayaan Pongal yang disambut masyarakat India penganut Hindu di Malaysia mulai 14 hingga 17 Januari ini merupakan perayaan khusus untuk mengiktiraf usaha petani menyediakan makanan buat rakyat jelata.


Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai Chen Heng, perayaan tersebut juga mengajar erti jerih perih perjuangan sebelum mendapatkan hasilnya sebagaimana yang dialami gerakan reformasi di negara ini.


"Sesetengah orang menganggap Pongal sebagai satu majlis agama, tetapi Ponggal lebih diraikan sebagai hari untuk menghiburkan petani selepas musim menuai tanaman.


"Pongal mengajar kita nilai-nilai yang penting, seperti kesyukuran, kebersihan, keharmonian, dan kesatuan. Ia juga mengingatkan kita akan sumbangan dan pengorbanan petani, yang menyediakan makanan untuk kita setiap hari.


"Kita harus menghargai dan menyokong mereka, terutamanya dalam masa-masa sukar," katanya dalam kenyataan.


Tambah Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju itu, pemimpin KEADILAN berketurunan India di kawasannya pula berpendapat perayaan Pongal lebih kepada mengenang penghijrahan awal masyarakat India ke Tanah Melayu lebih seratus tahun lalu dan pengorbanan mereka membentuk bersama negara Malaysia.


"Bagi pemimpin KEADILAN Wangsa Maju seperti Manoj dan Vijey, Pongal bukan satu hari untuk berpesta, tetapi ia adalah hari yang paling baik untuk berehat sambil mengenang kembali kesusahan moyang mereka setibanya di Tanah Melayu masa itu.

"Meskipun masyarat India rata-rata tidak terlibat dalam aktiviti pertanian ketika itu, tetapi mereka telah menyumbang tenaga di saat-saat pembinaan infastruktur awam semasa awal pembentukan negara.


"Saya (dalam hal ini) menyantuni frasa KEADILAN untuk Semua. Saya percaya di zaman Malaysia Madani, perayaan Pongal dapat disambut dengan lebih bermakna dan inklusif demi memupuk perpaduan.


"Marilah kita bersama-sama meraikan Pongal dengan penuh semangat dan kegembiraan. Ponggalo Pongal," katanya lagi

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page