top of page

Perayaan Kuih Bulan Memperingati Tumbang Rejim Zalim



Oleh: Andre Lai


ULASAN: Mid Autumn atau Pesta Kuih Bulan, antara perayaan kebudayaan yang paling signifikan untuk masyarakat Cina sejagat. Terdapat banyak asal-usul sejarah perayaan ini, yang bermula dari Dinasti Zhou (1000 sebelum masihi) lagi sebagai ritual sembahyang terhadap dewa bulan.


Terdapat pelbagai versi cerita yang berkaitan dengan kuih bulan bermula semenjak itu, namun yang popular adalah bagaimana kuih bulan dijadikan ‘senjata’ oleh rakyat untuk menggulingkan regim dinasti kejam pada abad ke 14.


Kerajaan Dinasti Yuan, yang terdiri daripada kerabat diraja Mongolia keturunan Genghis Khan memerintah dengan kuku besi. Masyarakat Cina ketika itu dipantau dengan ketat untuk mengelakkan mereka daripada berhimpun dan berpakat untuk melawan kerajaan.


Mesej reformasi dalam Kuih Bulan


Pada satu hari semasa perayaan Mid Autumn, rakyat tertindas mendapat ilham untuk menggunakan kuih bulan atas alasan sambutan perayaan untuk menyembunyikan mesej dengan tujuan menetap koordinasi pemberontakan terhadap kerajaan. Revolusi berjaya, Dinasti Yuan diganti dengan Dinasti Ming yang terdiri daripada masyarakat Han sendiri (masyarakat Cina tulen).

Kuih Bulan Reformasi

Dongeng atau tidak, kisah ini berkias dengan agenda reformasi yang diperjuangkan KEADILAN pada hari ini. Hasil daripada semangat reformasi, KEADILAN bersama sekutunya dalam Pakatan Harapan berjaya menubuhkan kerajaan pada 2018.


Meskipun ia hanya bertahan 22 bulan, namun agenda reformasi telah banyak mencetuskan idea pembaharuan dalam polisi pentadbiran negara. Hasil daripada agenda reformasi, kami telah melihat agensi-agensi kerajaan yang lebih efektif hari ini. Begitu juga pengenalan Undi 18 dan MoU persefahaman antara pembangkang - kerajaan, antara ‘reform’ yang tidak pernah dapat dibayangkan oleh rakyat Malaysia.


Landskap politik negara bakal melangkah ke satu paradigma baru. Untuk kebanyakkan rakyat Malaysia, hala tuju negara ke arah yang lebih malap dengan banyak insiden yang berlaku tahun ini seperti inflasi, bencana alam, rasuah, dan banyak lagi.


Rakyat dahagakan pembaharuan


Mungkin ia kebetulan, banyak perkara penting dalam sejarah berlaku dalam bulan September tahun ini. Buat pertama kalinya, seorang bekas Perdana Menteri dipenjarakan dan akan diikuti oleh ramai lagi pemimpin pada tempoh yang sama.


Ia juga menjadi permulaan kepada ura-ura pembubaran parlimen, apabila kontroversi perbentangan Belanjawan 2023 diawalkan pada Oktober.


Iltizam rakyat yang dahagakan pembaharuan telah membawa Malaysia ke era baru. Semangat 509 mampu kembali dalam PRU akan datang dengan berpandukan agenda pembaharuan.


Ayuh Malaysia, jadikan kuih bulan sebagai inspirasi! Nyalakan tanglung hari ini!


* Perayaan Kuih Bulan 2022 jatuh pada 10 September

______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page