![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_4f1ce739f2384aab829478b401fe78fc~mv2.jpg/v1/fill/w_526,h_526,al_c,q_80,enc_auto/4449e2_4f1ce739f2384aab829478b401fe78fc~mv2.jpg)
Sempena sambutan Hari Wesak hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar semua rakyat menjadikan setiap perayaan dan budaya sebagai teras atau elemen yang memperkuat kesepaduan dalam mempertingkat persefahaman.
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat berbilang agama di negara ini berusaha meningkatkan persefahaman dan mengumpulkan segala kekuatan bagi memberikan keutamaan untuk membangunkan negara ke hadapan.
"Selamat menyambut Hari Wesak buat seluruh penganut Buddha, terutamanya di Malaysia. Semoga perayaan Wesak yang mencerahkan buat kalian, membawa kebahagiaan buat sahabat dan keluarga, selain memperkukuh kerukunan.
"Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama menjadikan setiap perayaan dan budaya sebagai teras atau elemen yang memperkuat kesepaduan dan mempertingkat persefahaman," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Anwar dalam hantaran itu turut berkongsi pengetahuannya tentang antara etika universal dalam ajaran Buddha iaitu menolak 'kejahilan'.
"Saya amat yakin negara ini mampu menjadi gagah dengan rakyatnya yang kuat dan berpadu. Sekali lagi, selamat menyambut Hari Wesak buat seluruh penganut Buddha di Malaysia," ujarnya.
Comments