top of page

Peratusan keluar mengundi PRK KKB kekal rendah



Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) kekal rendah sejak pagi tadi sehingga ke petang.


Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga pukul 4.00 petang peratusan keluar mengundi mencatatkan 55.79%.


Keadaan itu mungkin diakibatkan hujan lebat yang membantutkan proses pengundian di 17 pusat mengundi seluruh KKB.


Sebelum itu, pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, yang memiliki 40 pengundi, telah ditutup pada 2 petang tadi.


Proses penjumlahan rasmi undi akan berlangsung di Dewan Serbaguna serta Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dan keputusan rasmi dijangka diumumkan seawal 9 malam.


PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page