top of page

Peratusan keluar mengundi 57%, perlu capai 65%



Oleh: Abdullah Zaid


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan setakat jam 4 petang tadi, peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap mencatatkan 57.77%


Peratusan itu dilihat meningkat berbanding peratusan jam 2 petang tadi yang hanya sekitar 44%.


Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca di Sungai Bakap akan hujan pada belah pagi dan petang sebelum cuaca kembali baik pada waktu malam.


Kelmarin, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang Chow Kon Yow berkata calon PH mempunyai peluang untuk menang sekiranya peratusan keluar mengundi di atas 65%.


Hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan membuka tirai pada Sabtu, esok bagi memberi seramai 39,279 pengundi berdaftar memilih wakil rakyat baharu.


Seramai 39,279 pemilih berdaftar di Sungai Bakap akan membuang undi bagi memilih wakil rakyat baharu bagi kerusi itu susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff akibat keradangan dalam perut, pada 24 Mei lalu.


PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr. Joohari Ariffin, dari Pakatan Harapan (PH) dengan bekas pegawai khas kepada Allahyarham Nor Zamri Latiff, Abidin Ismail, mewakili Perikatan Nasional (PN).

0 comments

תגובות


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page