top of page

Perarakan kibar bendera China: Tiada permit, polis ambil keterangan penganjur



Polis mengesahkan perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan, Perak yang berunsur keagamaan dengan sebahagian pesertanya mengibarkan bendera negara asing seperti tular di media sosial sejak semalam diadakan tanpa permit.


Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata perarakan melibatkan kereta berhias yang berlangsung dari pukul 8 malam hingga 11.30 malam semalam dengan disertai kira-kira 400 penonton.


"Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak telah menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan pada 25 Oktober kira-kira pukul 12.39 pagi, mendakwa tular satu video berdurasi satu minit di aplikasi laman social Facebook (Yeop Chor) yang telah memuat naik hantaran video perarakan kereta berhias berunsur keagamaan di Dataran Menara Condong, Teluk Intan.


"Rakaman video tersebut telah merekodkan beberapa anggota perarakan mengibarkan bendera disyaki bendera China semasa perarakan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Azizi berkata polis telah memanggil penganjur untuk rakaman keterangan dan mereka juga akan diminta untuk mengemukakan semua peserta warga asing yang dipercayai dari China untuk membantu siasatan.


Jelasnya siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perarakan tanpa permit polis dan Seksyen 3 (1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana mempamerkan lambang kebangsaan negara asing di tempat awam.


Beliau juga menasihati mereka yang ingin menganjurkan perhimpunan agar menghantar permohonan kepada polis dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh perhimpunan.


"Pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan haram yang boleh menimbulkan kacau ganggu dan menggugat ketenteraman awam, dengan mereka yang melakukan kesalahan itu boleh didenda hingga RM10,000 mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, jika sabit kesalahan," tegasnya.


Dalam pada itu, Persatuan Kebudayaan Guan Gong Malaysia memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China oleh sekumpulan individu pada malam perarakan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan semalam.


Pengerusi persatuan itu Soon Boon Hua berkata tindakan mengibarkan bendera negara lain tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak pengelola.


"Sebagai pihak pengelola, saya sekali lagi memohon maaf atas insiden terbabit dan akan meneliti segala aspek yang perlu dibaiki demi menjayakan program itu," katanya menerusi laman Facebook persatuan itu hari ini.


Sejak semalam, tular di media sosial video sekumpulan peserta mengibarkan bendera China pada sambutan pesta terbabit.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page