top of page

PRK Ayer Kuning: Perarakan calon Kerajaan Perpaduan bermula

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read

Pemimpin Kerajaan Perpaduan berdoa sebelum memulakan perarakan calon ke Dewan Merdeka, Tapah
Pemimpin Kerajaan Perpaduan berdoa sebelum memulakan perarakan calon ke Dewan Merdeka, Tapah

Kira kira 1,000 penyokong Kerajaan Perpaduan terdiri daripada UMNO, DAP dan AMANAH pada waktu ini berkumpul di Arena TN 50 Tapah di pekan Tapah sebelum berarak ke pusat penamaan calon di Dewan Merdeka Tapah.


Kelihatan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, MB Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan puluhan pemimpin BN lainnya berkumpul di TN 50 Tapah.


Selain itu, Presiden AMANAH Datuk Seri Mohamad Sabu turut kelihatan, juga Naib Presiden KEADILAN Chang Lih Kang.


Penyokong akan mengarak calon Kerajaan Perpaduan iaitu Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir 54, sebagai calon dari BN.


Manakala saingan utama, PN pula meletakkan calon dari Pas Abdul Muhaimin, 44 tahun yang merupakan Yang Di-Pertua Pas Tapah sebagai calon.


Berdasarkan demografi pengundi, seramai 31,940 pengundi layak mengundi, iaitu Melayu sebanyak 55.97 peratus, Cina (22.9 peratus), India (14.38 peratus) dan Orang Asli (7.5 peratus).

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page