top of page

Perangi gula: KPDN bersama pemain industri makanan jayakan kempen



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama pemain industri makanan menyokong Kempen Perangi Gula yang diterajui Kementerian Kesihatan (KKM).


Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata, tindakan itu selari dengan kempen 'Jom Kosong' yang diperkenalkan KPDN sebagai galakkan kepada pengguna untuk memilih minuman tanpa gula.


Bagi menjayakan kempen itu, kata Fuziah, setakat ini pihaknya telah bekerjasama dengan 470 ahli persatuan Small and Medium Enterprises Association (SAMENTA), selain 1,410 lagi ahlinya akan menyertai kempen berkenaan menjelang tahun hadapan.


"KPDN juga akan bekerjasama erat dengan KKM untuk melaksanakan strategi-strategi lain dalam Kempen 'Perangi Gula'.


"Ia bagi memberikan kesedaran kepada pengguna dan komuniti untuk menjalani aktiviti hidup yang sihat melalui pemakanan yang sihat dan seimbang," kata Fuziah dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, menurut beliau, KPDN juga akan mengeluarkan semua produk makanan dan minuman yang mengandungi gula daripada senarai Jualan Rahmah mulai 1 Oktober ini.


Untuk program itu, KPDN menjadi kementerian yang awal menyahut cabaran kempen kurang gula susulan pelancaran kempen Celik Kesihatan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha memerangi pengambilan gula berlebihan dalam makanan di Malaysia.


"Kempen ini memberikan kesedaran kepada rakyat supaya menjaga kesihatan daripada penyakit yang berpunca daripada pengambilan gula yang berlebihan yang akan menyebabkan berlakunya peningkatan kes penyakit obesiti dalam kalangan rakyat," ujarnya lagi.


Untuk rekod, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM 4.9 bilion setahun bagi merawat pesakit diabetis di negara ini yang berpunca daripada pengambilan gula berlebihan. Kerajaan berharap dengan kempen perangi gula maka angka penghidap kencing manis akan berkurangan pada tahun tahun akan datang.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page