top of page

Perang dagang AS: Malaysia tingkat hubungan dagang dengan negara baharu



Perang dagang Amerika Syarikat (AS) ke atas China, Mexico dan Kanada dengan mengenakan tarif sehingga 25 peratus meningkatkan kebimbangan kepada negara negara rakan dagang utama kuasa besar itu termasuk Malaysia.


Bagaimanapun menurut Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia tidak begitu terdedah kepada kesan perang dagang terbabit kerana turut menjalin hubungan dagang dengan negara negara baharu dalam kerjasama antara kerajaan BRICKS.


Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai langkah yang perlu diambil Malaysia akibat kebijaksanaan baharu Presiden AS Donald J Trump di sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri.


"Dasar Malaysia yang disepakati oleh ASEAN adalah pendekatan bebas, berkecuali, membuka jaringan dengan semua negara.


"Walaupun nampak kedekatan kita dengan China, Brazil, Afrika Selatan, Kanada, Mexico, hubungan dengan AS itu diteruskan sehingga sekarang.


"Kita tidak boleh mengambil tindakan yang terlalu pantas kerana ada ketidaktentuan, bukan sahaja geopolitik tetapi keputusan yang diumumkan oleh Presiden Trump sendiri. Umpamanya ada perubahan semalam, apabila dia tidak akan teruskan dan memberi penangguhan pelaksanan tarif untuk Kanada dan Mexico. Jadi dalam tempoh sebulan perubahan dasar dijangka berlaku atau dikekalkan.


"Apa kita lakukan kini, dasar bebas berkecuali tetapi agreasif membuka jaringan dengan negara lain umpamanya dengan (benua) Afrika melalui Afrika Selatan dan Ethiopia, Latin Amerika melalui Brazil dan Peru. Kita juga ambil pendekatan yang lebih baik dengan negara China dan Rusia," katanya.


Dengan jaringan perdagangan baharu itu, menurut Anwar, akan membantu memberi lebih banyak peluang dan melakukan eksport kepada banyak negara.


Manakala, katanya, AS masih merupakan rakan dagangan utama kerana perdagangan dengan negara itu adalah 11 peratus daripada jumlah dagangan negara. Eksport pula mencecah 13 peratus.


"Belum ada petanda ini (perang dagang) harus memberi dampak negatif tetapi saya setuju kita mesti ambil lanah proaktif.


"Selain buka jaringan rakan dagang dengan negara baru kita harus juga tentukan bahawa program pertumbuhan diperluas dalam negara sendiri termasuk pelan perindustrian, tenaga dan digital," ujarnya.


Mengenai soalan tambahan Bagan, perlukah diwujudkan jawatankuasa khas menangani kesan tarif, inflasi dan ekonomi dunia ditubuhkan PM berkata, perlu beliau perlu melihat terlebih dahulu impak perang dagang tesebut.


Selain itu, katanya berlaku peningkatan perdagangan dengan negara baharu yang dijangka menguatkan eonomi Malaysia.


"Memang benar apa diutarakan oleh Bagan kerana kita belum dapat kepastian kesannya.


"Mengenai apa yang dibangkitkan tentang negara BRICKS sebagai organisasi belum, kerana kita di peringat awal. Tetapi dengan negara BRICKS itu peningkatan (dagang) mendadak.


"Dengan Mesir umpamanya peningkatan 53.6%, Anggola 59%, Ethiopia 56%, Algeria 27%, Libya 19%. Kalau kita boleh perluaskan saya percaya kita boleh menahan (impak perang dagang).


"Walaupun kita masih terus berunding dengan pihak di AS tetapi kita tidak boleh menunggu kesan tarif itu, kalau diteruskan beri kesan negatif pada kita," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page