top of page

'Perancangan ekonomi kerajaan mudahkan anak muda pilih kerjaya'



Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyarankan golongan ibu bapa agar meneliti perancangan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memudahkan anak-anak mereka membuat pilihan kerjaya pada masa depan.


Beliau berkata, bentuk kerja pada masa depan banyak dipengaruhi oleh aktiviti ekonomi baharu yang dirancang kerajaan pada waktu ini, yang tidak wujud sewaktu ibu bapa mula bekerja dahulu.


"Anak-anak kita perlu memilih kursus dan kerjaya yang ada permintaan tinggi dan menawarkan gaji yang baik di masa hadapan.


"Bentuk kerja di masa hadapan banyak dipengaruhi aktiviti ekonomi baru yang dirancang kerajaan," katanya dalam hantaran video di Facebook.


Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, kerajaan pada masa ini menumpukan usaha untuk membangunkan ekonomi berasaskan kecerdasan buatan (AI), digital dan teknologi mutakhir.


"Bermakna pada masa hadapan, lebih banyak pekerjaan berkaitan kejuruteraan elektronik, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan perisian, sains data, pemasaran digital, pembangun produk digital dan seumpamanya yang diperlukan," jelasnya.


Dengan memahami perancangan kerajaan dan bentuk pelaburan yang sedang berlaku, ibu bapa boleh merancang bagaimana menyediakan anak mereka memilih kursus dan kerjaya yang baik pada masa hadapan, kata beliau.


"Jadi demi anak-anak abang kakak, dengar je lah perancangan ekonomi negara. Ini demi masa depan anak-anak abang kakak juga," katanya.


Terdahulu Rafizi memberikan respon terhadap komen seorang netizen sebut, “Aku tengok raja formula ni pun dah jijik, terus aku off tak nak dengar”.


Jelas beliau, meskipun netizen tersebut merupakan penyokong kuat Perikatan Nasional (PN) namun mereka dinasihatkan agar berlapang dada mendengar penerangan kerajaan mengenai ekonomi negara.


"Saya tahu abang kakak mungkin takkan terima apa pun penjelasan dari kerajaan, tapi masa depan kerjaya anak abang kakak banyak dipengaruhi perancangan ekonomi kerajaan," katanya sambil meminta mereka agar "jangan sakit hati" hanya kerana melihat atau mendengar menteri kerajaan menerangkan sesuatu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page