top of page

Peranan wanita Putrajaya akan diperkukuh - Fasyarini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read


Ketua Wanita KEADILAN Cabang Putrajaya yang baru dipilih, Fasyarini Azahari menyatakan komitmen untuk menggembleng tenaga dalam memastikan suara wanita terus didengari dan dihormati.


Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, beliau menyatakan rasa syukur atas keputusan pemilihan parti yang berlangsung minggu lalu.


Sambil menyifatkannya sebagai hasil sokongan pengundi kawasan tersebut. Fasyarini turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kepercayaan dan sokongan kepadanya.


"Kemenangan ini kemenangan kita semua – wanita-wanita hebat yang percaya bahawa perubahan itu perlu dimulakan dengan keikhlasan, kerja bersama dan semangat kebersamaan.


"Saya akan melaksanakan tanggungjawab ini dengan hati yang terbuka untuk mendengar, tangan yang sedia membantu dan langkah yang terus bersama anda.


"Insya-Allah, pasukan kami akan berusaha gigih demi memperkukuh peranan wanita di Putrajaya," katanya.


Terdahulu, Fasyarini mencipta kejutan apabila berjaya merebut jawatan Ketua Wanita Cabang Putrajaya daripada penyandangnya Rohani Hussin.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page