top of page

'Peranan Otai Reformis lawan fitnah cuba jatuhkan Kerajaan Madani'



Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM) baru baru ini meraikan 30 pejuang reformasi di Kelantan dalam satu majlis tautan kasih memperingati liku liku perjuangan sejak 1998.


Menurut Setiausaha Agung PKORM, Shaiful Anuar Sulaiman (gambar, dua dari kanan), program tersebut yang dianjurkan bersama PKORM Cawangan Kelantan telah berjaya menyatukan para pejuang reformasi dari pelusuk negeri Cik Siti Wan Kembang itu.


"Pengerusi PKORM Cawangan Kelantan, Hazizi Mamat menyatakan terharu dan berbangga dengan penglibatan reformis yang datang dari sekitar Kelantan dan menunjukkan semangat yang tinggi walaupun ada di kalangan mereka mengalami musibah banjir baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan.


Program tautan kasih PKORM Kelantan menghimpun semula pejuang Reformasi 1998
Program tautan kasih PKORM Kelantan menghimpun semula pejuang Reformasi 1998

Sementara itu Pengerusi PKORM, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa (gambar, dua dari kiri) pula dalam ucapannya berkata, reformis seharusnya bersyukur apabila perjuangan 26 tahun mereka berjaya menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10.


"Kita perlu mensyukuri nikmat dan kemenangan sekarang. Ianya datang tidak mudah selepas beberapa tahun perjuangan. Sentiasa ingat semua kemenangan adalah dengan pertolongan Allah swt," katanya.


Ke hadapan, tegas Mustapa, khidmat reformis amat diperlukan bagi mengekang pihak pembangkang menabur fitnah menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.


"Semua mesti melawan fitnah pembangkang yang setiap hari menabur fitnah. Satu hari mereka ini akan ditinggalkan pengikut-pengikutnya," kata Mustapa lagi.


Katanya, PKORM perlu menarik sokongan golongan yang mahu membantu Kerajaan Madani di Kelantan.


Dalam majlis itu, PKORM turut menyerahkan kotak makanan kepada anggota yang memerlukan.


Turut serta dalam pertemuan itu selain Pengerusi PKORM Kelantan, Hazizi Mamat adalah Timbalan Pengerusi, Effendi Nizam Abdullah; Setiausaha PKORM Kelantan, Nasrul Arif Md Nasir dan tuan rumah Mohammad Azmi Abu Bakar.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page