top of page

Peranan komunikasi kerajaan penting sebar berita jelas kepada rakyat



Peranan komunikasi yang dimainkan oleh agensi penerangan kerajaan amat penting bagi menyebarkan berita mengenai program, insentif atau projek pembangunan terbaharu Kerajaan Madani kepada rakyat.


Hal itu dinyatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa selepas melawat Kompleks Kementerian Komunikasi yang menempatkan pejabat pengurusan Jabatan Penerangan Labuan, Jabatan Penyiaran Labuan, BERNAMA Biro Labuan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Labuan, semalam.


"Saya berterima kasih kepada jentera-jentera komunikasi Kerajaan ini kerana banyak membantu saya sepanjang 1 tahun di Wilayah Persekutuan ini.


"Saya juga tekankan kepada mereka bahawa penyampaian maklumat adalah antara perkara yang sangat penting untuk rakyat tahu dan cakna apa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI.


"Berbanding Kerajaan dahulu, Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri memberi fokus dan tumpuan yang khusus buat penduduk di Labuan," katanya.


Dalam lawatan itu juga Dr Zaliha telah ditemu ramah oleh Saudara Jailani Hasan, Ketua Biro BERNAMA Labuan menjelaskan pembangunan yang dilaksanakan kementeriannya sepanjang setahun beliau di Wilayah Persekutuan, terutama di kawasan Labuan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page